Dato’ Jo kongsi 3 faktor untuk menang Pilihan raya

KUALA LUMPUR: Ahli dan kepemimpinan UMNO di pelbagai peringkat perlu memupuk mentaliti untuk menang dalam memastikan parti mampu kembali ke landasan tepat, sekurang-kurangnya menjelang 2027.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata ia perlu disusuli penyusunan strategi untuk memulihkan sokongan terhadap parti terutama dalam tempoh kurang lima tahun dari sekarang.

Ini kerana, katanya, UMNO memiliki infrastruktur terbesar dalam arena politik tanah air membabitkan 191 bahagian, 3.5 juta ahli dan 21,000 cawangan, berbanding parti lain termasuklah DAP, PAS serta PKR.



Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan itu menegaskan, komitmen berkenaan tidak mustahil untuk dicapai jika semua pihak memupuk mentaliti untuk menang dan perlu sayang kepada parti.

“Mentaliti untuk menang ini kita kena berfikir, bercakap dan bertindak seperti orang yang mahukan kemenangan.

“Mentaliti ini sangat penting, bukan sahaja kepada Top 5 (kepemimpinan lima tertinggi), Majlis Kerja Tertinggi (MKT) atau ketua bahagian, sebaliknya perlu sampai ke seluruh peringkat cawangan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan untuk menang tiga faktor memainkan peranan sangat penting iaitu parti, calon serta jentera.



“Kalau kita tiada parti bagus, agak sukar (untuk menang) sebab (lihat saja) Tun Dr Mahathir Mohamad (sebagai contoh) yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, kemudian 22 bulan.

“Beliau (menang ketika bersama UMNO) bagaimanapun kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana PEJUANG tidak dikenali.

“(Justeru) Barisan Nasional (BN) kalau kita jaga, ia salah satu langkah untuk menang,” katanya.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata demikian ketika menggulung ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung parti itu di sini, hari ini.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS



Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel



Komplot jahat doktor pakar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker