BN mampu lepasi 112 kerusi secara solo, Ismail Sabri imbas ‘fakta’ Ahmad Maslan

PETALING JAYA: Ismail Sabri Yaakob membidas Ahmad Maslan kerana memiliki pandangan simplistik tanpa fakta susulan perdana menteri ketika itu tidak membubarkan Parlimen selepas kemenangan besar Umno pada PRN Melaka dan Johor.

Ismail berkata, hakikatnya tanggapan tanpa statistik Ahmad yang ketika itu menjadi setiausaha agung menjadi penyebab Barisan Nasional (BN) kalah, pada PRU15.

Katanya, beliau mendapat laporan daripada pelbagai agensi yang menunjukkan suasana pada ketika itu BN masih tidak mampu untuk menang.

“Semasa itu, ekonomi sedang dalam proses pemulihan selepas kita terjejas teruk akibat pandemik Covid-19. Sepatutnya proses pemulihan diteruskan bukan dengan membubarkan Parlimen.

“Namun kerana yakin menang tanpa fakta, akhirnya BN kecundang dalam PRU15. PRN tidak boleh dijadikan sebagai indikator untuk menentukan kejayaan BN dalam PRU. Keadaan politik negara amat dinamik,” katanya dalam kenyataan.

Mengimbas keyakinan Umno yang mengunjurkan BN mampu melepasi 112 kerusi dan boleh membentuk kerajaan secara solo dipersoalnya, jika ada kajian sikap secara komprehensif dilaksanakan yang akhirnya menyebabkan BN sekadar tinggal 30 kerusi sahaja.

“Usaha-usaha untuk memulihkan ekonomi negara dan rakyat telah mula menunjukkan hasil. Buktinya, ekonomi negara berkembang sebanyak 8.7% pada tahun 2022, terbaik di rantau Asia Tenggara, malah antara yang tertinggi di dunia tetapi usaha itu tidak dapat diteruskan kerana desakan berterusan supaya Parlimen dibubarkan,” katanya.

Bekas naib presiden Umno itu berkata, PRN tidak boleh dijadikan sebagai indikator untuk menentukan kejayaan BN pada PRU.

“PRU melibatkan isu nasional. Apatah lagi persepsi terhadap BN secara keseluruhannya masih tidak baik pada ketika itu,” katanya.

Katanya, “punca sebenar” kekalahan BN kerana mempunyai bekas setiausaha agung Umno yang hanya sekadar boleh membuat “andaian mudah” berlandaskan logik akalnya sahaja tanpa mempunyai statistik sokongan peringkat persekutuan kepada BN.

Hari ini, Ahmad dalam ciapan Twitter, berkata Umno dan BN tidak akan beraksi dengan teruk sekiranya mereka melakar momentum kemenangan berturut-turut dalam PRN Melaka dan Johor, “sementara semangat masih tinggi, ketika #BossKu masih di luar”.

“Timing” sangat penting dalam politik. Yang lepas jadikan ingatan,” katanya sambil menambah Umno memenangi 21 daripada 28 kerusi di Melaka, pada PRN November 2021, dan 40 daripada 56 kerusi di Johor pada Mac 2022.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker