Muda kehilangan ‘market’ selepas PRU15 – Khairy

Syed Saddiq di fasa mencabar dalam karier, kata KJ, Shahril

Muda kehilangan ‘market’ selepas PRU15 – Khairy

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berada di fasa yang mencabar dalam karier politiknya, kata bekas pemimpin Umno Shahril Hamdan dan Khairy Jamaluddin.

Shahril yang juga bekas ketua penerangan Umno berkata, Muda seperti dipinggirkan oleh Pakatan Harapan (PH) dan permohonan parti itu untuk menyertai gabungan berkenaan masih belum ada kata putus.



Bercakap dalam episod terbaru podcast Keluar Sekejap, Khairy turut bersetuju dan berkata “market” Syed Saddiq seperti sudah hilang selepas PRU15 lalu.

Sebelum PRU15, kata Khairy, Syed Saddiq sangat popular di TikTok dan dalam kalangan pengundi muda berumur 18 hingga 21 tahun, yang kali pertama mengundi pada November lalu.

“Tetapi saya tidak tahu adakah kereta api sudah meninggal stesen. Itulah kerisauan saya tentang Syed Saddiq, dia ketinggalan bas. Perikatan Nasional (PN) kini mempunyai pengaruh yang kuat di TikTok dan dalam kalangan pengundi muda

“PH juga berusaha keras. Jadi sukar bagi Syed Saddiq untuk mencipta ‘market’ dia,” kata Khairy.



Tambah Khairy, Muda membawa imej parti muda, jadi mereka sukar untuk mendapatkan sokongan daripada golongan dewasa.

“Macam mana dia nak goreng Muda ini bukan mengenai usia, tetapi nama pun Muda, calon pun muda. Beliau perlu fikir mengenai masa depan.”

Bagaimanapun, Shahril memuji Ahli Parlimen Muar itu kerana walaupun berseorangan tetapi tetap kedepan terutama ketika mendesak isu kontroversi kapal tempur pesisir (LCS) untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

Bekas timbalan ketua Pemuda itu memuji keberanian Syed Saddiq yang menggesa isu itu dibahaskan di Parlimen dan berkata ia menunjukkan beliau konsisten dalam isu tersebut.



“Dia boleh sahaja duduk diam tetapi dia sanggup ke depan. Di Parlimen sanggup buat sidang media tanpa ada sesiapa di belakangnya. Tahniah atas tindakan itu.

Tambah Shahril, kesukaran ini akan mungkin mendewasakan Syed Saddiq dan akan membantunya pada masa depan. FMT

Muda kehilangan ‘market’ selepas PRU15 – Khairy

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel



Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker