Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan

Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan

Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan akan bertemu dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu depan.

Tanpa mendedahkan secara terperinci, Khairy yang juga bekas ahli Parlimen Rembau berkata, pertemuan tersebut bagi memberikan keputusan muktamad beliau, dipercayai mengenai tawaran menyertai parti itu.

Mengenai pertemuannya dengan ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein baru-baru ini pula, Khairy menegaskan perjumpaan tersebut tidak membincangkan sebarang komplot atau langkah-langkah tertentu.

“Saya dengan Hisham (Hishammuddin) dah lama (kenal) sebenarnya. Saya masuk politik melalui beliau. Waktu itu beliau sebagai Ketua Pemuda dan saya sebagai graduan muda dan beliaulah yang masukkan saya dalam UMNO.

“Jadi perjuangan saya dengan Hisham ini dan lama, apa pun ‘next step’ kita, bukan semestinya… macam Shahril pernah sebut: It’s not necessary you’re following me in the next step, it’s not necessary, I will follow Hisham in our next step.”

“Memang tiada komplot atau langkah tertentu, atau sebagainya. Kita cuma tanya keadaan masing-masing. Untuk ketika ini, (saya tanya) tiada apa-apa perancangan untuk politik, dan saya telah maklumkan kepada Hisham, saya akan jumpa Tan Sri Muhyiddin minggu depan untuk beri jawapan muktamad. Biar saya simpan dulu…,” katanya dalam podcast ‘Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan’, yang disiarkan pada Jumaat.

Sebelum ini Muhyiddin mengemukakan tawaran kepada Khairy menjadi Ahli Pimpinan Tinggi Bersatu selepas mendapat persetujuan pimpinan parti yang lain.

Muhyiddin berkata, partinya mempunyai dua kekosongan jawatan berkenaan tanpa niat ‘mengumpan’ bekas Menteri Kesihatan itu.

Khairy dipecat daripada UMNO pada awal tahun ini. Awani

Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker