Ahmad Maslan jawab Tajuddin

Ahmad Maslan jawab Tajuddin

Kedudukan UMNO tidak akan seteruk sekarang jika ‘Putrajaya’ mengikuti keputusan dicapai bersama dengan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lebih awal sejurus parti melakar kemenangan melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, memandangkan masa yang tepat sangat penting dalam politik terutama bagi memastikan parti boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

Beliau mengakui gelombang serta semangat parti pasca kemenangan dalam PRN Johor dan Melaka begitu kuat, malah ketika itu juga bekas Presiden UMN0, Datuk Seri Najib Razak, masih dapat membantu parti untuk menang.

“Jika pihak ‘Putrajaya’ (kerajaan ketika itu diterajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri) ikut keputusan bersama – ketika gelombang kemenangan (PRN) Melaka (BN menang 21 daripada 28 kerusi) serta Johor (BN menang 40 daripada 56 kerusi), semangat masih tinggi dan ketika #BossKu (Najib) masih di luar – adakan PRU15, maka nasib UMNO dan BN tidak seteruk ini.

“(Faktor) ‘timing’ (pemilihan waktu) sangat penting dalam politik. Yang lepas (perlu) dijadikan ingatan,” katanya melalui Twitter hari ini.

Kenyataan Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian itu dipercayai merujuk kepada keputusan Kabinet diterajui Ismail Sabri yang tidak mengikut keputusan parti yang meminta PRU15 diadakan lebih awal.

Semalam, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang hadir mengejut di luar Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur mendakwa Ahmad sebagai punca kegagalan UMNO dalam PRU15.

Tajuddin yang kini digantung enam tahun oleh UMNO turut mendakwa Ahmad yang ketika itu Setiausaha Agung UMNO, tidak memberikan nasihat sewajarnya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika UMNO lemah ketika itu.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, ketika menjadi Setiausaha Agung UMNO, beliau hadir tiga mesyuarat utama parti itu iaitu mesyuarat ‘Top Five’ atau lima kepemimpinan tertinggi parti, mesyuarat Biro Politik yang dianggotai 21 Ahli MKT dan mesyuarat MKT disertai 56 ahli.

Katanya, sebagai setiausaha agung beliau hanya pelaksana keputusan tiga mesyuarat utama parti itu.

“Ada keputusan penting tapi tak dapat dilaksana. Contohnya, PRU15 patut perlu seawal mungkin, sebaiknya selepas PRN Melaka dan PRN Johor,” katanya. BH

Ahmad Maslan jawab Tajuddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker