Lelaki tikam teman wanita 18 kali kerana cemburu
Lelaki tikam teman wanita 18 kali kerana cemburu
Tangkapan ke atas seorang lelaki warga asing yang dipercayai cuba membunuh diri di landasan Express Rail Link (ERL) Salak Selatan, Sabtu lalu, membongkar satu kes pembunuhan dilakukannya di sebuah kondominium di Kelana Jaya, di sini, pada hari sama.
Serbuan ke atas kondominium itu menemui mayat wanita terbaring dalam sebuah bilik dengan kesan 18 tikaman di beberapa bahagian badan, selain lehernya dikelar.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata suspek lelaki berusia 30 tahun itu ditangkap polis bantuan di stesen ERL terbabit pada kira-kira jam 4.50 petang, sebelum dia diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Kuala Lumpur.
Beliau berkata, suspek cuba membunuh diri dengan meletakkan separuh badan di atas landasan, namun gagal selepas ERL yang datang tidak melalui landasan itu, sebaliknya di landasan bersebelahan.
“Hasil soal siasat Polis Daerah Cheras, suspek mengaku mahu membunuh diri selepas membunuh teman wanitanya di sebuah kondominium di Kelana Jaya di sini.
“Susulan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Cheras dan IPD Petaling Jaya kemudian menyerbu kondominium terbabit dan menemui mayat mangsa dalam keadaan terbaring dalam sebuah bilik,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata pemeriksaan mendapati mangsa ditikam 18 kali di beberapa bahagian badan dengan sebilah pisau pemotong buah selain lehernya dikelar.
“Pembunuhan dipercayai berlaku antara jam 4 hingga 6 petang Jumaat lalu (sehari sebelum suspek cuba membunuh diri) dan pembunuhan bermotifkan cemburu.
“Suspek dan mangsa berusia 40 tahun baru datang dari India tiga bulan lalu dan kedua-duanya sedang menjalin hubungan sulit dari negara asal kerana mangsa mempunyai suami dan anak di India,” katanya.
Mohamad Fakhrudin berkata, dalam serbuan itu, polis turut menahan tujuh individu membabitkan lima lelaki warga asing, seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing yang mendiami unit kondominium terbabit bersama suspek serta mangsa.
Beliau berkata, pada hari kejadian, suspek mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit lain dengan seorang daripada rakan serumah mereka menyebabkan suspek berang dan membunuh mangsa.
“Pemeriksaan lanjut di lokasi turut menemui pisau digunakan suspek menikam mangsa dalam tong pembuangan sampah kondominium terbabit.
“Semakan mendapati suspek dan mangsa masuk ke negara ini menggunakan visa pelancong, namun kedua-duanya bekerja secara haram di negara ini.
“Suspek bekerja di sebuah restoran di Kota Damansara, manakala mangsa bekerja di sebuah salun di pusat beli-belah di Mid Valley dekat sini,” katanya.
Mohamad Fakhrudin berkata, suspek bersama tujuh individu lain kini direman tujuh hari sehingga hari ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. BH
Lelaki tikam teman wanita 18 kali kerana cemburu
Baca Artikel Menarik:
- ‘Warlord’ tak mahu berubah kerana sayangkan jawatan – Akmal
- Ibu Ismail Izzani nafi anak hamilkan anak orang
- Bapa dipecat Finas, Anzalna terus beri sokongan
- Mohon maaf jika ‘suci’ jalin persahabatan, Pemuda Umno beritahu DAP
- Shashic selamatkan aku dari didera ‘ex boyfriend’
- Kejatuhan ringgit dan OPR: Mahathir bidas Anwar
- Wanita potong, curi rantai budak di Jom Heboh didakwa esok
- Singapura mohon maaf lawak melampau Jocelyn Chia
- Kertas siasat Hadi, Shahidan diserah pada Jabatan Peguam Negara
- Kanak-kanak melutut depan ibu di medan selera
- Empat doktor ditahan terlibat aktiviti palsu sijil kelahiran
- Isteri tarik rambut kekasih gelap suami diseret 20 meter
- Duda anak dua didakwa hina Allah, Nabi dan agama Islam
- Rider diburu polis babit kes bunuh dekat Klang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET