Kim Swee minta pemain, kekasih cari jalan penyelesaian

Kim Swee minta pemain, kekasih cari jalan penyelesaian

‘Isu luar padang’ yang menimpa Sabah FC bukanlah penyebab kepada tumbangnya pasukan itu di tangan PDRM FC pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim See menegaskan ia sama sekali tidak mengganggu fokus pasukan namun kebimbangannya adalah lebih kepada prestasi semasa pasukan yang dilihat kian menurun.

“Semua pihak harus menghormati kedua-dua pihak apatah lagi ia membabitkan hal peribadi. Apa yang berlaku itu adalah luar kawalan kita, jadi mereka harus cari jalan menyelesaikan masalah masing-masing.

“Tumpuan saya adalah kepada persembahan kita dan prestasi semasa yang agak membimbangkan. Untuk itu, beberapa pertukaran akan berlaku,” kata Kim Swee.

Terdahulu, arena bola sepak tempatan kecoh selepas seorang bekas pemain kebangsaan dipercayai membelasah kekasihnya sehingga cedera selepas berlaku pergaduhan antara mereka baru-baru ini.

Meskipun tidak dimaklumkan namun pemain itu didakwa beraksi untuk Sabah FC dan lebih menguatkan spekulasi selepas pemain terbabit tidak diturunkan dalam kesebelasan utama ataupun di bangku simpanan ketika berdepan PDRM FC.

Kekalahan 1-0 di tangan PDRM FC itu menyaksikan skuad ‘Badak’ tumbang dalam dua aksi berturut turut dan hanya menang sekali daripada tujuh aksi di tempat lawan.

Malah, Kim Swee turut menyifatkan ia sebagai satu keputusan yang mengecewakan dan pemain harus menyalahkan diri sendiri atas kegagalan mengutip mata penuh itu.

“Kita harus ambil iktibar di mana kita tak boleh benarkan kekalahan demi kekalahan terutama di tempat lawan dengan kita memasuki pusingan kedua.

“Jika kita tidak mendapat keputusan terbaik, kita akan ketinggalan selepas ini,” katanya. BH

Kim Swee minta pemain, kekasih cari jalan penyelesaian

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker