Lelaki mabuk ditahan, tumbuk orang awam dan kereta

Lelaki mabuk ditahan, tumbuk orang awam dan kereta

Georgetown: Padah tumbuk muka dan kereta orang awam ketika mabuk, seorang lelaki berusia 56 tahun ditahan di Lebuh Chulia, di sini, semalam.

Dalam kejadian 8.45 malam itu, suspek turut menghamburkan kata kesat kepada anggota polis yang menahannya.



Kejadian itu tular menerusi video berdurasi tujuh saat yang dimuatnaik di Twitter memaparkan pergaduhan membabitkan individu itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan mendapati warga tempatan itu terdahulu menumbuk muka dan kereta milik orang awam.

Katanya, anggota polis yang tiba di tempat kejadian bertindak menahan suspek namun lelaki itu menghamburkan kata kesat.

“Berlaku pergelutan ketika suspek ditahan menyebabkan anggota polis cedera di tangan.



“Suspek yang tidak bekerja itu berasal dari Georgetown dan mempunyai satu rekod lampau membabitkan dadah,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Soffian berkata, hasil ujian saringan air kencing, suspek juga positif dadah.

“Suspek direman empat hari sehingga 11 Jun ini dan polis juga meminta orang ramai yang melihat kejadian supaya tampil membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam ketika menjalankan kewajipannya. HM



Lelaki mabuk ditahan, tumbuk orang awam dan kereta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)



Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Artis hamilkan anak orang



Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker