Ini Golongan yang Allah makbulkan doanya sebagaimana disebut Rasulullah s.a.w.

Ini Golongan yang Allah makbulkan doanya sebagaimana disebut Rasulullah s.a.w.

Pertama: Penguasa atau pemimpin yang adil. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Ada tiga orang yang doanya tidak akan ditolak. Pertama, penguasa atau pemimpin yang adil. Kedua, orang yang berpuasa hingga ia berbuka. Ketiga, orang yang dizalimi. Allah akan mengangkat doanya tanpa terhalang awan mendung pada hari kiamat dan dibukakan bagi doa tersebut pintu-pintu langit dan Dia berfirman, “Demi kemuliaan Ku, Aku pasti akan menolongmu meskipun setelah beberapa waktu.” (HR Tirmizi)

Kedua: Orang yang sedang berpuasa. Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda,

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doanya tidak akan ditolak” (HR Ibn Majah)

Ketiga: Orang yang teraniaya atau dizalimi. Dalam hadis dari Abu Hurairah r.a. ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Ada tiga jenis doa yang akan dikabulkan yang tidak ada keraguan padanya iaitu doa orang yang dizalimi, doa orang yang bermusafir dan doa orang tua untuk anaknya” (HR Tirmizi)

Keempat: Orang yang sedang bermusafir. Dari Abu Hurairah r.a.,

“Tiga doa yang tidak akan ditolak; doa ibu bapa terhadap anaknya, doa orang yang sedang berpuasa dan doa orang yang sedang dalam perjalanan (safar).”

Kelima: Doa ibu bapa terhadap anaknya. Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Ada tiga jenis doa yang akan dikabulkan yang tidak ada keraguan padanya iaitu doa orang yang dizalimi, doa orang yang bermusafir dan doa orang tua untuk anaknya” (HR Tirmizi)

Keenam: Seorang muslim mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan sesiapa. Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Darba, Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Sesungguhnya doa seorang muslim kepada saudaranya tanpa sepengetahuannya adalah dikabulkan, dan di sisi kepalanya ada malaikat yang ditugaskan kepadanya. Setiap kali berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan para malaikat berkata, “Amiin dan bagimu semisalnya”

Ketujuh: Orang yang dalam kesusahan atau kesulitan. Firman Allah dalam surah an-Naml: 62,

“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada Nya dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu manusia sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati (Nya)”

Kelapan: Doa anak soleh kepada kedua ibu bapanya. Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat seorang hamba yang soleh di syurga, lalu ia bertanya, “Dari mana aku memperoleh darjat ini?” Allah berfirman, “Dengan permohonan ampun anakmu untukmu” (HR Ahmad, sanadnya dinyatakan sahih oleh Ibnu Katsir)

Dalam hadis yang lain Abu Hurairah r.a. berkata,

“Apabila manusia mati, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan orang tuanya” (HR Muslim)

Kesembilan: Orang yang bangun tengah malam dan berdoa. Dari Muadz bin Jabal, dari Rasulullah s.a.w. beliau bersabda, “

Apabila seorang muslim tidur dalam keadaan berzikir dan suci, lalu terbangun di malam hari, kemudian berdoa kepada Allah meminta kebaikan dunia dan akhirat, maka pasti Allah akan memberikan kepadanya” HR Abu Daud & Ahmad)

Kesepuluh: Orang yang banyak berdoa ketika senang atau lapang. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa, Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Barangsiapa yang ingin doanya terkabul pada saat sedih, dan susah, maka hendaklah memperbanyakkan berdoa pada saat lapang.” (HR Tirmizi)

Kesebelas: Orang yang banyak mengingati Allah. Hadis riwayat al-Baihaqi,

“Tiga golongan yang tidak ditolak Allah doanya, (salah satunya) orang yang banyak mengingat Allah”

Kedua belas: Orang yang sedang berperang menegakkan kalimah Allah. Dari Ibnu Umar r.a. disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.

“Orang yang berperang di jalan Allah, orang yang sedang ibadah haji, dan orang yang sedang berumrah adalah utusan Allah. Allah memanggil mereka kemudian mereka memenuhi panggilan itu. Sehingga jika mereka memohon kepada Allah maka Allah akan memberinya” (HR Ibn Majah)

Ketiga belas: Orang yang mengerjakan haji dan umrah. Dari Ibnu Umar r.a. disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.

“Orang yang berperang di jalan Allah, orang yang sedang ibadah haji, dan orang yang sedang berumrah adalah utusan Allah. Allah memanggil mereka kemudia mereka memenuhi panggilan itu. Sehingga jika mereka memohon kepada Allah maka Allah akan memberinya” (HR Ibn Majah)

Keempat belas: Orang yang diredai Allah. Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. menyebutkan bahawa Allah berfirman,

“Siapa yang menentang seorang wali Ku maka Aku menyatakan perang kepadanya.. Jika ia meminta kepada Ku maka Aku akan memberinya. Jika ia berlindung, Aku akan melindunginya” (HR Bukhari)

Kelima belas: Doa orang yang soleh. Dalam sebuah hadis yang panjang dalam menceritakan perihal Uwais al-Qarni, Rasulullah s.a.w. berkata kepada saidina Umar r.a.

“Sekiranya kamu mampu untuk meminta dia (Uwais al-Qarni) beristighfar (mendoakan keampunan) buat dirimu maka lakukanlah” (HR Muslim)

Ini Golongan yang Allah makbulkan doanya sebagaimana disebut Rasulullah s.a.w.

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker