Lee Zii Jia ‘kantoi’ dipusingan pertama Terbuka Singapura

Pemain badminton perseorangan lelaki utama negara dan harapan pingat Olimpik, Lee Zii Jia terus dikecewakan apabila tersingkir awal pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023.

Pemain ranking 10 dunia itu, gagal melepasi cabaran pusingan pertama dalam kejohanan Super 750 di Stadium Tertutup Singapura apabila tumpas 20-22, 21-16, 19-21 selepas beraksi selama 74 minit menentang pemain nombor 27 dunia, Weng Hong Yang dari China, malam tadi.

Dua minggu lepas, pemain berusia 25 tahun itu tersingkir pada pusingan kedua Masters Malaysia, tumbang di tangan pemain Taiwan, Lin Chun Yi 19-21, 21-16, 15-21.

Kekalahan itu ditambah dengan beberapa prestasi buruk sejak awal tahun ini, menyaksikan dia jatuh dua anak tangga ke tempat ke-10 dalam ranking dunia, selepas menduduki ranking nombor dua dunia Oktober tahun lepas.

Hong Yang, naib juara Masters Malaysia 2023, seterusnya akan menentang rakan senegara dan penyandang juara All England, Li Shi Feng, yang terdahulu menundukkan pemain Malaysia Cheam June Wei 16-21, 21-19, 14-21.

Bekas juara dunia remaja, Goh Jin Wei juga mengalami nasib sama tersingkir awal dalam perseorangan wanita, tewas 11-21, 11-21, di tangan pemain nombor tujuh dunia, Wang Zhi Yi dari China.

Dalam beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengejutkan pemain nombor 15 dunia, Kyohei Yamashita-Naru Shinoya dari Jepun 21-19, 21-11 untuk mara ke pusingan kedua.

Beregu nombor 21 dunia itu, akan bertemu Robin Tabeling-Selena Piek dari Belanda pada pusingan 16 terakhir, esok.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker