Amir Shafiq diburu polis didakwa belasah bayi teman wanita
Amir Shafiq diburu polis didakwa belasah bayi teman wanita
Hanya kerana anak teman wanitanya membuat bising, seorang pempromosi acara sanggup mendera bayi berkenaan sehingga memerlukan rawatan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rajang, Setapak, di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Wangsa Maju, Deputi Superintendan Saralathan Duraisamy berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kes penderaan seorang bayi perempuan warga tempatan berusia satu tahun sekitar pukul 5.05 petang.
Menurutnya, hasil maklumat awal mendapati suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan telah mendera mangsa seorang bayi perempuan dan melarikan diri sebelum ketibaan pihak polis di lokasi kejadian.
“Teman lelaki kepada ibu mangsa itu dikatakan telah mendera mangsa di lokasi kejadian yang merupakan tempat tinggal suspek bersama ibu mangsa.
AMIR SHAFIQ
“Setelah selesai memukul mangsa, suspek bertindak menghantar mangsa ke rumah keluarga ibu mangsa di Jalan Rejang, Taman Setapak Jaya, di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Saralathan memberitahu, mangsa yang mengalami bengkak pada bibir, lebam pada kedua-dua mata serta bahagian belakang badan telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Mengulas lanjut, Saralathan memaklumkan, ini bukan kali pertama suspek memukul bayi terbabit tetapi kali ini melampaui batas.
Justeru itu, pihak polis masih mempergiatkan usaha memburu suspek, Amir Shafiq Suhaimi, 31 tahun dan kes masih dalam siasatan pihak polis.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. K online
Amir Shafiq diburu polis didakwa belasah bayi teman wanita
Baca Artikel Menarik:
- ‘Warlord’ tak mahu berubah kerana sayangkan jawatan – Akmal
- Ibu Ismail Izzani nafi anak hamilkan anak orang
- Bapa dipecat Finas, Anzalna terus beri sokongan
- Mohon maaf jika ‘suci’ jalin persahabatan, Pemuda Umno beritahu DAP
- Shashic selamatkan aku dari didera ‘ex boyfriend’
- Kejatuhan ringgit dan OPR: Mahathir bidas Anwar
- Wanita potong, curi rantai budak di Jom Heboh didakwa esok
- Singapura mohon maaf lawak melampau Jocelyn Chia
- Kertas siasat Hadi, Shahidan diserah pada Jabatan Peguam Negara
- Kanak-kanak melutut depan ibu di medan selera
- Empat doktor ditahan terlibat aktiviti palsu sijil kelahiran
- Isteri tarik rambut kekasih gelap suami diseret 20 meter
- Duda anak dua didakwa hina Allah, Nabi dan agama Islam
- Rider diburu polis babit kes bunuh dekat Klang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.