Tanah rizab Melayu, tak ada apa yang hendak disembunyikan – Saarani

Tanah rizab Melayu, tak ada apa yang hendak disembunyikan – Saarani

IPOH: Kerajaan Negeri Perak bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan laporan yang dibuat Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Razman Zakaria membabit Tanah Rizab Melayu di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata malah badan berkenaan pernah menjalankan siasatan berhubung isu sama beberapa kali sebelum ini.

Jelasnya lagi, siasatan oleh SPRM itu juga turut melibatkan beberapa dokumen terlibat yang diambil daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri.

“Dalam pengetahuan saya beberapa laporan SPRM telah dibuat sebelum ini dan SPRM telah pun masuk ke PTG dan mengambil fail-fail yang berkaitan.

“Jadi kalau ada laporan baharu dibuat oleh ketua pembangkang (Razman), maka terpulanglah kepada SPRM (untuk menjalankan siasatan).

“Ini kerana kita tak ada masalah dan tidak ada ada apa yang hendak kita sembunyikan,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan lembu korban sumbangan syarikat berkaitan kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.

Pada majlis itu, Kerajaan Negeri Perak menerima sumbangan 400 ekor lembu yang bernilai RM2.92 juta daripada lima GLC untuk diagihkan ke seluruh negeri bersempena dengan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Antara GLC tersebut ialah Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC), Lembaga Air Perak (LAP), Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).

Saarani sebelum itu diminta mengulas berkenaan tindakan Razman yang membuat laporan kepada SPRM Perak berkaitan isu pengurusan Tanah Rizab Melayu di negeri itu, pada Rabu.

Isu berkenaan membabitkan Tanah Rizab Melayu yang dipercayai dipecah kepada 317 lot dan dijual kepada pihak bukan Melayu dengan harga RM412,800 bagi satu lot di Sitiawan.

Mengulas lanjut, Saarani menegaskan sekali lagi laporan dibuat terhadap kerajaan berhubung perkara itu bukan kali pertama selain berharap semua pihak akan menerima sepenuhnya hasil siasatan SPRM.

“Saya hendak ingatkan bahawa ini bukan kali pertama laporan dibuat (kepada SPRM), sudah berkali-kali (laporan dibuat).

“Dan saya percaya SPRM pun akan melayannya sama sepertimana sebelum ini. Cuma saya harap kepada mereka yang buat laporan kena percaya sepenuhnya kepada (siasatan) SPRM,” katanya lagi.

Tanah rizab Melayu, tak ada apa yang hendak disembunyikan – Saarani

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker