Skuad B-16 negara belasah Indonesia 5-1, layak ke Piala Asia

Skuad B-16 negara belasah Indonesia 5-1, layak ke Piala Asia

Skuad Bawah 16 tahun (B-16) negara mempamerkan taring sebenar apabila membelasah Indonesia 5-1 pada perlawanan terakhir kumpulan B Kelayakan Piala Asia Bawah 17 (B-17) di Stadium Pakansari, Bogor, malam ini.

Jelas sekali rekod tanpa kalah skuad kendalian Osmera Omaro berjaya mengesahkan tempat ke Piala Asia B-17 2023 apabila mengakhiri saingan di kedudukan pertama Kumpulan B dengan 10 mata.



Skuad muda negara tidak menunjukkan belas ihsan apabila menguasai permainan dengan melancarkan serangan berbahaya sebaik babak pertama bermula.

Malaysia berada di depan apabila serangan balas pantas pasukan negara berjaya menghasilkan gol menerusi Zainurhakimi Zain pada minit ke-17.

Indonesia yang pada awal dilihat seolah-olah memandang rendah kepada kemampuan Malaysia terus melakukan kesilapan mudah untuk membuka ruang kepada Arami Wafiy meledak gol kedua pada minit ke-19.

Keadaan bertambah parah buat Indonesia apabila Anjasmirza menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-22 sebelum gawang Indonesia ‘dirobek’ buat kali keempat menerusi Afiq Danish Zulkifli (m-26).



Gawang Indonesia sekali lagi ‘bocor’ pada minit ke-38 selepas Malaysia dihadiahkan sepakan penalti yang mudah disempurnakan Arami untuk gol kelima skuad negara.

Memasuki babak kedua menyaksikan Osmera melakukan beberapa pertukaran pemain bagi memastikan bahagian tengah dan serangan sentiasa hidup.

Skuad negara berpeluang untuk menambah koleksi gol pada minit ke-55, namun sepakan dari luar kotak penalti oleh Afiq Danish terkena palang, sekali gus melegakan pasukan tuan rumah.

Pasukan kendalian Bima Sakti cuba melancarkan serangan berbahaya sebelum mereka dihadiahkan gol sagu hati menerusi Arkhan Kaka Putra pada masa tambahan separuh masa kedua.



Kedudukan 5-1 kekal hingga tamat perlawanan, sekali gus skuad muda negara melangkah ke pentas Asia dengan rekod cemerlang iaitu tanpa tewas dalam semua perlawanan kumpulan B.

Keputusan itu menyaksikan skuad B-16 negara sudah lima kali beraksi di pentas Piala Asia B-17 dengan kali terakhir menempah tiket pada 2018. HM

Skuad B-16 negara belasah Indonesia 5-1, layak ke Piala Asia


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker