Hanya kerana muka cantik dalam foto pasport

Hanya kerana muka cantik dalam foto pasport

Washington: Gara-gara foto di pasport yang dianggap berbeza dan lebih cantik dibandingkan dengan wajah sebenar, seorang pempengaruh hampir tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat penerbangannya, lapor The Sun.

Wanita berasal dari Los Angeles, Alisha Marie berkata, insiden sangat memalukan itu berlaku ketika pemeriksaan imigresen sebelum berlepas dari Instanbul, Turkiye.



Menurutnya, foto di pasportnya hampir menghalangnya daripada menaiki pesawat kerana kakitangan bertugas tidak percaya bahawa dia adalah pemegang pasport berkenaan.

“Petugas itu memberikan amaran bahawa orang ramai tidak boleh mengambil ‘gambar cantik’ untuk pasport kerana ia berisiko tidak diiktiraf.

“Mereka hampir tidak membenarkan saya menaiki penerbangan saya. Sebab mereka kata saya tidak kelihatan seperti foto pasport saya,” jelasnya dalam hantaran video di TikTok.

Dalam ruangan komen, dia menambah bahawa dia tidak pernah merasakan begitu rendah diri seumur hidupnya.



Ribuan menonton video Alisha, dengan ramai yang mengatakan inilah sebabnya mereka tidak pernah mengambil gambar yang bagus untuk pasport mereka.

Seorang wanita lain menulis di ruangan komen: “Sudah pasti tidak perlu ‘glam’ untuk gambar pasport saya kerana saya sentiasa kelihatan agak serabai apabila melancong.”

Pada awal tahun ini, seorang pelakon yang pernah berhadapan situasi serupa berkata, dia dihalang daripada memasuki sebuah negara kerana wajahnya kelihatan sangat berbeza daripada gambar pasportnya tanpa solek. HM

Hanya kerana muka cantik dalam foto pasport



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai



Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu



Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker