Jemaah haji dirayu tumpu ibadah, jangan asyik ‘selfie’ depan Kaabah

Jemaah haji dirayu tumpu ibadah, jangan asyik ‘selfie’ depan Kaabah

Jawatankuasa Pengelola Ibadah Haji (PPIH) Kementerian Hal Ehwal Agama merayu jemaah haji supaya tidak terlalu banyak berswafoto di hadapan Kaabah.

“Mengambil gambar swafoto terlalu banyak di hadapan Kaabah akan mengganggu kekhusyukan dalam beribadah anda serta jemaah haji yang lain,” kata jurucakap PPIH Pusat, Akhmad Fauzin pada sidang media mengenai pelaksanaan ibadah haji di sini, semalam.

Beliau turut menggariskan beberapa larangan ketat yang perlu diberi perhatian khusus oleh jemaah haji di kawasan Masjidil Haram, antaranya membentangkan kain rentang untuk mengambil gambar berkumpulan dan berswafoto di hadapan Kaabah dengan objek menyerupai manusia dan haiwan, seperti wayang.

Memetik laporan antaranews.com, katanya, pihak berkuasa keselamatan Arab Saudi akan mengenakan sekatan ke atas mereka yang didapati melanggar larangan yang dikenakan.

“Sehubungan itu, jawatankuasa sentiasa mengingatkan jemaah haji untuk mengekalkan tumpuan terhadap ibadah haji sepanjang berada di Tanah Suci, khususnya ketika aktiviti di Masjidil Haram. Tolong elakkan daripada melakukan terlalu banyak aktiviti yang tidak berkaitan dengan ibadah,” kata Fauzin.

Selain itu, PPIH merayu jemaah haji khususnya warga emas mengehadkan aktiviti di luar hotel dan masjid berikutan suhu di Madinah dan Makkah kini masing-masing mencecah 30 darjah dan 31 hingga 34 darjah Celsius.

“Sentiasa gunakan selipar, kasut ketika keluar dari hotel dan masjid untuk melindungi kaki daripada panas. Sekiranya kehilangan selipar, kasut, jangan memaksa diri untuk pulang ke hotel tanpa berselipar pada waktu siang. Sebaliknya, cari pegawai dan minta bantuan mereka, ” nasihatnya.

Berdasarkan data Sistem Maklumat Berkomputer Bersepadu Haji (Siskohat), sehingga 5 Jun lalu, sekurang-kurangnya 73,577 orang terdiri daripada jemaah haji dan pegawai haji daripada 191 kumpulan penerbangan tiba di Madinah.

“Sehingga kini, seramai 15 jemaah meninggal dunia,” katanya.

Jemaah haji dirayu tumpu ibadah, jangan asyik ‘selfie’ depan Kaabah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker