PAU esok peluang terbaik kembalikan manifestasi perjuangan UMNO – Ku Nan

PAU esok peluang terbaik kembalikan manifestasi perjuangan UMNO – Ku Nan

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menyifatkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang bermula esok, sebagai ruang terbaik bagi mengembalikan manifestasi perjuangan parti keramat orang Melayu itu.

Bendahari UMNO itu berkata, ianya sudah tentu berbeza dengan PAU sebelum ini berikutan perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).



Katanya, selepas kalah pada PRU14 dan PRU15, UMNO kini berusaha untuk terus kukuh dan mendepani pelbagai cabaran masa hadapan.

“Melalui persidangan ini, kepimpinan UMNO pelbagai peringkat berkumpul, berbahas, mendengar hujah dan intipati suara dari akar umbi.

“Selepas itu, kita bersama-sama bangkit menyemarakkan perjuangan apabila kelak kembali ke tempat masing-masing.

“Inilah hari untuk kita mengembalikan perjuangan yang bersemarak, kembalikan kegemilangan UMNO sebagai satu-satunya harapan bangsa, malah menjadi tempat bergantung rakyat seluruh negara sebagaimana suatu waktu dulu,” katanya di sini, hari ini.



PAU 2023 berlangsung selama empat hari di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) bermula esok hingga Sabtu ini.

Menurut beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, walaupun parti itu sudah mencecah usia 77 tahun, namun perjalanan sejarahnya yang panjang mendepani pelbagai cabaran.

Oleh itu, kata Tengku Adnan, setiap ahli meneruskan perjuangan itu atas relevannya slogan ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ demi agama, bangsa dan negara.

Kata beliau, biarpun UMNO hari ini tidak lagi memegang tampuk pentadbiran kerajaan sepenuhnya, namun tidak dapat dinafikan peranan dan kepimpinan perjuangannya masih ditagih oleh rakyat. MG



PAU esok peluang terbaik kembalikan manifestasi perjuangan UMNO – Ku Nan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai



Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu



Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker