Puas balas bidasan SUA UMNO, Rafizi tak boleh disentuh?

 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajid Dusuki berhubung kritikannya terhadap Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini.

Ini selepas Asyraf semalam berkata Umno perlu mengekang pemimpin mereka daripada menyerang sesama anggota atau pemimpin kerajaan dan menyifatkan perbuatan Puad umpama “menembak kaki sendiri”.



“Saya dituduh tembak kaki sendiri. Apakah meminta Rafizi mengemukakan formula yang realistik dan luar biasa dianggap tembak kaki sendiri?

“Apakah mendesak menteri supaya “perform” dianggap tembak kaki sendiri? Apa salahnya Rafizi ditegur?. Kalau dia luar biasa, Kerajaan Perpaduan tambah kukuh,” kata Puad dalam satu kenyataan.

Mohd Puad sebelum ini mengecam menteri ekonomi itu kerana gagal mengemukakan sebarang langkah signifikan untuk memulihkan ekonomi selain menyindirnya sebagai “banyak sangat formula”.

Kata Puad, seseorang menteri mesti “luar biasa” untuk mempertahankan kerajaan perpaduan hari ini.



“Bila jadi menteri tidak boleh biasa biasa. Mesti luar biasa.

“Jangan nanti rakyat kata Rafizi turun, ringgit naik,” katanya yang mengaitkan situasi itu dengan spekulasi mengenai rombakan kabinet.

Mengulas kritikan tersebut, Rafizi mengingatkan pemimpin Umno agar mengelakkan diri daripada membuat ulasan yang hanya akan menjauhkan penyokong PH daripada mereka.

Semalam, Aysraf berkata tindakan Puad menyerang sesama anggota dan pemimpin kerajaan umpama ‘menembak kaki” sendiri.



Dia sebaliknya berkata seseorang yang berada dalam kerajaan perlu mengambil tanggungjawab secara kolektif dan bukannya bersendirian.

“Apa maksud tembak kaki sendiri. Tidak boleh dikritik? Tidak boleh ditegur? Tidak boleh beri pandangan? Tugas saya bukan menghasut. Saya tidak ambil pun tugas lama Rafizi.

“Tembak kaki sendiri ialah bila menteri tidak perform, gagal buat benda luar biasa dan formulanya tidak boleh dipakai. Itu lemahkan kerajaan.

“Saya boleh dituduh tembak kaki sendiri bila takut bersuara dan kelemahan dibiarkan berleluasa. Sebab itu saya lain dari yang lain,” kata Puad



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh



Mamu Kena Gari

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker