Cipta sejarah, DAP diundang ke Perhimpunan Agung UMNO
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023minggu depan mencipta sejarah apabila menyaksikan DAP yang pernah berseteru selama puluhan tahun dengan parti yang berteraskan perjuangan Melayu dan Islam itu juga akan hadir ke PAU 2023 sebagai tetamu khas bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, selain Anwar dan pemimpin parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, ia akan turut disertai 19 parti politik yang menyokong kerajaan Persekutuan.
“Tahun ini ada sedikit kelainan dan UMNO bertuah kerana PAU akan turut dihadiri Perdana Menteri bersama 19 presiden parti yang bergabung di bawah Kerajaan Perpaduan.
“Ini adalah peristiwa yang bersejarah buat PAU kali ini,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Menara Dato’ Onn, di sini hari ini.
Semasa PAU 2022 pada Januari lalu, UMNO tidak mengundang mana-mana pemimpin Kerajaan Perpaduan dan hanya melibatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) dan ‘Friends of BN’ untuk menyelesaikan masalah dalaman parti dan gabungan itu ketika itu.
Mengulas lanjut, Asyraf berkata, dianggarkan seramai 6,341 jumlah perwakilan ke PAU 2023 menyaksikan PAU dihadiri 2,888 orang; 1,159 perwakilan bagi sayap Wanita; 1,160 perwakilan bagi sayap Pemuda dan 1,134 sayap Puteri.
Katanya, PAU kali ini turut dijangka akan membahaskan pelbagai isu melibatkan ekonomi, politik, agama, kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.
Jelasnya, UMNO bercadang membuat beberapa pindaan perlembagaan parti antaranya membenarkan pendaftaran ahli secara dalam talian.
Ini kerana, pada masa ini sebarang permohonan untuk menyertai parti itu perlu melalui dan mendapat kelulusan ketua cawangan UMNO berkenaan.
“Saya menjangkakan akan banyak usul dari negeri-negeri lain untuk membicarakan soal ekonomi rakyat serta isu yang menyentuh soal agama akan menjadi satu kelaziman dalam acara perhimpunan tahunan.
“Selain itu, kita banyak terima maklum balas dari anak-anak muda yang mahu sertai Umno, tapi menjadi sukar disebabkan kekangan perlembagaan, contohnya, setiap pendaftaran itu perlu dapat kelulusan ketua cawangan.
“Jadi, kita mahu permudahkan pendaftaran mereka, supaya UMNO dekat dengan generasi anak-anak muda,” katanya.
Mengulas lanjut, Asyraf menafikan kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh bahawa sayap itu tidak akan menjemput parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan ke PAU 2023 bagi sayap pemuda.
Media melaporkan, Muhamad Akmal berkata sayapnya tidak akan menjemput parti yang membentuk kerajaan, dalam maksud tersiratnya, Pemuda UMNO mahu memperbetul dahulu apa yang berlaku di rumahnya sebelum menjemput mana-mana parti.
“Kita ada jemputan. Di PAU 2023 memang jemput, di peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri ia akan mengikut apa yang dibuat di peringkat PAU utama,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Lebih-lebih aku saman – Farid Kamil
- Pewaris sifatkan kenyataan MB Kedah ‘terlalu cerdik’
- Pas tak tahan jadi pembangkang punca mahu sertai kerajaan – Isham Jalil
- Nilai ringgit jatuh, apa Rafizi buat?
- Aksi Jihan Muse Ajar Anak Mengaji Al-Quran Buat Netizen Teruja (Video)
- Pergi rawat sihir, sudahnya kena cabul
- Datuk Tiri ‘Ratah’ Cucu Berusia 6 & 7 Tahun
- Saya bukan mualaf, saya Hui dari China
- Polis tolak saya sambil acu pistol, arah saya ambil beg di hujung katil – Ismahalil
- PAS nak ubah Selangor jadi Kelantan
- Lelaki warga emas cuba jual telefon untuk beli beras, buat netizen menangis [VIDEO]
- Kedudukan ringgit zaman Najib lebih baik, Rafizi tolak rakyat bandingkannya dengan keadaan semasa
- Salah ke saya bercinta dengan suami orang?
- Rashdan serah dokumen berkaitan dana judi PN kepada SPRM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh
Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam
You must be logged in to post a comment.