Puad akhirnya ditegur SUA UMNO

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi supaya tidak menyerang parti atau pemimpin lain dalam kerajaan perpaduan.

Gesaan itu dibuat selepas Puad mengkritik prestasi Rafizi Ramli sebagai menteri ekonomi dan mempersoalkan kurangnya dasar untuk memulihkan semula ekonomi.

Dalam satu sidang media, Asyraf berkata Umno terikat dengan tanggungjawab secara kolektif kerana parti itu adalah sebahagian daripada kerajaan.

“Ini antara isu yang perlu kita kawal dan uruskan. Tak ada gunanya jika kita terus menyerang antara satu sama lain, ‘tembak kaki sendiri’ untuk menggembirakan masyarakat tertentu.

“Apa yang paling penting adalah fokus supaya negara terus maju dan memastikan kebajikan rakyat terjaga.

Kita tak bergantung kepada mana-mana individu secara persendirian, justeru semua pihak perlu berhenti daripada menuding jadi antara satu sama lain,” katanya.

Semalam, Rafizi memberitahu Puad bahawa mereka adalah rakan dalam kerajaan perpaduan dan walaupun kritikan adalah “sebahagian tugas” sebagai menteri, ia mungkin mengganggu penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) jika Puad terus menyerangnya.

Rafizi juga mengingatkan Puad bahawa Umno juga akan bergantung kepada undi PH pada PRN akan datang.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh

Mamu Kena Gari

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker