Pas dedah siapa yang jemput mereka sertai kerajaan

Pas dedah siapa yang jemput mereka sertai kerajaan

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Khairil Nizam Khirudin mendedahkan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengajak Pas untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, tindakan Kit Siang itu kerana kedudukan kerajaan amat genting sekarang, apatah lagi berlaku penolakan orang Melayu terhadap UMNO.

“Presiden UMNO itu (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) tidak ‘buat homework’ dalam menjawab isu.

“Hakikatnya Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang terlebih dahulu menjemput Pas menyertai Kerajaan Perpaduan kerana kedudukan kerajaan amat genting ketika ini dan UMNO tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Khairil Nizam berkata demikian mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang berkata, parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu jangan perasan dipelawa menyertai Kerajaan Perpaduan.

Ahmad Zahid demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi yang juga Presiden Pas bahawa ada pihak dalam kerajaan menghubunginya untuk berjumpa bagi menawarkan Pas menyertai Kerajaan Perpaduan.

Terbaharu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan pemimpin Pas kononnya ada wakil daripada kerajaan yang menawarkan parti itu untuk bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.

Malah beliau sama sekali tidak dimaklumkan berhubung perkara itu kerana ia tidak pernah dibincang pada peringkat pimpinan tertinggi kerajaan antara Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN). MG

Pas dedah siapa yang jemput mereka sertai kerajaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim

Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker