Misteri Bezza FF2 terjawab

Misteri Bezza FF2 terjawab

Kereta Perodua Bezza yang didakwa menggunakan nombor pendaftaran FF 2 berharga RM638,000 seperti tular di media sosial, disahkan hanya gambar suntingan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, semakan pihaknya mendapati nombor asal kenderaan terbabit adalah KFF 2 dan bukan seperti ditularkan.

Beliau mengesahkan netizen menyunting bahagian nombor plat kenderaan itu sekali gus mengubah nombor asalnya.

“Secara amnya, JPJ tiada isu jika nombor pendaftaran FF 2 didaftarkan pada mana-mana kenderaan, sekali pun pada motosikal.

“Sebab, pihak kerajaan/JPJ sudah menerima sejumlah bayaran oleh pembida yang berjaya semasa sesi bidaan (dalam talian @JPJebid), untuk nombor berkenaan.

“Bagaimanapun, situasi adalah berbeza jika setelah siasatan pihak jabatan mendapati bahawa wujud modifikasi kepada nombor pendaftaran daripada KFF 2 kepada FF 2,” katanya kepada Harian Metro.

Zailani berkata, jika terbukti berlaku kesalahan modifikasi nombor pendaftaran, tindakan penguatkuasaan boleh diambil atas kesalahan pemalsuan nombor plat kenderaan.

Katanya, siasatan boleh dibuat mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). BH

Misteri Bezza FF2 terjawab

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker