Zahid kata PAS jangan perasan, tiada siapa pelawa sertai Kerajaan Perpaduan
“Jangan nak perasan (kononnya) ada orang tawarkan sertai Kerajaan Perpaduan,” kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi yang juga Presiden PAS bahawa ada pihak dalam kerajaan menghubunginya untuk berjumpa bagi menawarkan PAS menyertai Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, seeloknya PAS terus bersama BERSATU dan sekutu lain dalam Perikatan Nasional (PN).
“Saya rasa eloklah mereka (PAS) terus berkawan dengan BERSATU.
“Jangan perasan ada sesiapa nak tawarkan pada dia (Hadi),” katanya kepada pemberita pada Karnival Kerjaya MyFuturJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah di Dewan Serbaguna Datuk Haji Abdullah Ahmad, dekat sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menolak dakwaan Abdul Hadi itu.
“Itu (dakwaan PAS ditawar sertai kerajaan) di luar pengetahuan saya,” katanya.
Semalam Abdul Hadi mendakwa tawaran itu muncul kerana Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh, apatah lagi jumlah kerusi Melayu parti berkenaan tidak sebanyak PAS.
Yang turut hadir, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar dan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan.
Abdul Hadi turut menjelaskan, ketika ini pihaknya terbuka dengan mana-mana tawaran oleh sesiapa pun tetapi tawaran berkenaan mesti tidak lari daripada prinsip, matlamat dan hala tuju PAS.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin pertimbang saman Anwar
- Jangan berkecil hati, sahabat ku
- Durian serendah RM7 laku keras musim panas
- Syamsul dan Puteri Sarah gagal berdamai
- Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama
- Sofia Jane macam vampire, tak pernah tua
- Peminat Edit Baju Sweet Qismina Guna AI Jadi Seksi Dan Nampak Lurah
- Aksi spontan Tengku Permaisuri Selangor lihat graduan kembar
- Imam rebah, meninggal dunia selepas set pertama main badminton
- Syamsul, Puteri Sarah usik-mengusik
- Norlia Ghani, Azrel Ismail diminta mohon maaf
- Serbuan Swatch bukan soal warna tapi isu LGBT – Anwar
- Gaduh depan sekolah, polis tahan pelajar
- Syamsul Yusof Tak Tahu Lafaz Cerai Dua Kali Puteri Sarah, Boleh Pulak Macam Tu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik
Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)
Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)
You must be logged in to post a comment.