Penumpang buka pintu keluar semasa pesawat di udara [VIDEO]

Pintu terbuka secara tiba-tiba ketika pesawat Asiana Airlines terbang di ruang udara Korea Selatan pada Jumaat lalu. – Foto The Free Press Journal

SEOUL, Korea Selatan – Dalam apa yang disifatkan sebagai mimpi ngeri, pintu keluar sebuah pesawat terbuka secara tiba-tiba ketika ia terbang di ruang udara Korea Selatan, lapor portal berita MailOnline.

Pintu terbuka apabila seorang penumpang memegang tuil keluar pintu kecemasan, manakala rakaman video menunjukkan sejumlah penumpang memegang tempat duduk mereka semasa angin kencang bertiup ke dalam pesawat.

Insiden berlaku ketika pesawat berkenaan hendak mendarat di bandar Daegu semalam.

Kanak-kanak menggigil ketakutan dan menangis apabila pintu pesawat milik syarikat penerbangan Asiana Airlines itu terbuka secara tiba-tiba, kata beberapa saksi.



Kira-kira 12 penumpang mengalami trauma dan terpaksa dihantar ke hospital sebaik pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Daegu pukul 12.40 tengah hari (waktu tempatan) dengan pintunya masih terbuka.

Polis menahan seorang penumpang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an untuk disoal siasat berhubung insiden tersebut.

Suspek berkata, dia hilang pekerjaan dan melakukan perbuatan itu kerana berasa lemas dan ingin segera keluar daripada pesawat, kata seorang pegawai polis seperti laporan Agensi Berita Yonhap.

Beberapa orang di dalam kapal terbang itu cuba menghalang lelaki berkenaan daripada membuka pintu tersebut tetapi tidak berjaya, kata Kementerian Pengangkutan pula.



Pesawat itu membawa 194 orang termasuk 48 atlet remaja yang akan bertanding dalam acara sukan di bandar Ulsan dan berlepas dari Pulau Jeju. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)



Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker