MB Perak jawab esok dakwaan hilang sokongan ADUN

 

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad

PARIT BUNTAR – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad akan membuat sidang akhbar khas bersama 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum bermulanya sidang DUN Perak, esok.

Difahamkan, sidang akhbar khas itu bertujuan bagi menjawab spekulasi yang dimainkan oleh Ketua Pembangkang, Razman Zakaria, berhubung dakwaan terdapat ADUN kerajaan yang akan menarik sokongan daripadanya.

Turut difahamkan, sidang akhbar itu dilakukan lebih awal sebelum sidang DUN bermula kerana tidak mahu spekulasi yang dimainkan sejak beberapa hari lalu mengganggu usul-usul mensyuarat yang akan dibentangkan.

Terdahulu, media hari ini melaporkan, Razman mendakwa terdapat ADUN Kerajaan Perpaduan di Perak yang telah bertemu dengannya, namun beliau enggan mendedahkan butiran pertemuan tersebut.

Bagaimanapun, beliau mengalu-alukan sekiranya ADUN berkenaan mahu bekerjasama dengan Perikatan Nasional di Perak

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker