Leftenan Kolonel dan Lans Koperal tentera terbunuh dilanggar lori mengundur

SABAK BERNAM – Seorang pegawai kanan dan anggota tentera maut selepas kenderaan dinaiki melanggar lori yang dipandu secara mengundur di jejambat Kilometer 48 Jalan Teluk Intan-Klang, Sungai Besar di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.20 petang ketika kedua-dua mangsa lelaki berusia 28 dan 49 tahun itu yang menaiki kereta jenis Proton Persona dalam perjalanan ke Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa berpangkat Leftenan Kolonel dan Lans Koperal yang berkhidmat di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Kementah itu datang dari Lumut, Perak.



Katanya, sewaktu kejadian terdapat sebuah lori jenis Isuzu dipandu lelaki berusia 35 tahun dipercayai baru selesai menjalankan kerja pembersihan jalan di kawasan tersebut.

“Pemandu itu kemudian memandu dalam keadaan mengundur untuk mengutip kon selepas kerja pembersihan. Pada waktu itu, kereta dinaiki dua mangsa dari arah Sabak Bernam ke Klang gagal mengelak lalu melanggar belakang lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi petang tadi.

Agus Salim menambah, kemalangan itu menyebabkan mangsa masing-masing pemandu dan penumpang belakang kereta itu telah mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu lori tersebut tidak mengalami kecederaan. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke hospital berdekatan bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak

‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’



Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker