Badak air serang bot hingga terbalik, bayi setahun maut 23 hilang

 

LILONGWE, Malawi – Seorang bayi maut selepas bot yang membawa lebih 30 penduduk kampung merentasi Sungai Shire di daerah Nsanje, Malawi, diserang oleh seekor badak air, menyebabkan ia terbalik, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Jurucakap polis, Agnes Zalakoma berkata, kejadian itu berlaku awal kelmarin. Seramai 23 daripada 37 penumpang bot itu hilang dan dikhuatiri mati di dalam air yang dipenuhi dengan buaya serta badak.



“Beberapa penduduk berjaya menyelamatkan 13 orang manakala 23 yang lain hilang dan mayat seorang bayi telah ditemui,” kata Zalakoma dalam satu kenyataan sambil menambah, bayi yang meninggal dunia itu berusia setahun.

Tambah Zalakoma, pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari mangsa yang hilang.

“Adalah terlalu berbahaya untuk menyeberangi sungai kerana ia terlalu cetek. Sungai ini mempunyai buaya dan badak yang kebanyakan masa menyerang orang ramai,” katanya.

Menurut wakil rakyat daerah Nsanje, Gladys Ganda, kesemua mangsa ketika itu sedang menyeberangi Sungai Shire untuk ke ladang mereka di sempadan Malawi dengan Mozambique apabila bot mereka dilanggar oleh badak tersebut. – Agensi



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak



‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’

Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker