Enggan diceraikan, isteri nekad kelar kemaluan suami

 

Dia kemudian mengerat kemaluan mangsa dengan menggunakan pisau pemotong sekitar pukul 4.30 pagi

Seorang isteri nekad mengerat kemaluan suaminya  yang sedang tidur selepas mangsa mahu menceraikannya kerana tertekan perkahwinan tidak direstui keluarga, lapor laman berita TribunJatim hari ini.

Menurut Ketua polis Surakarta, Iwan Saktiadi, kejadian itu berlaku pada awal pagi di sebuah hotel di Solo semalam. Si isteri dengan sengaja mencederakan kemaluannya sehingga luka.

Dia kemudian mengerat kemaluan mangsa dengan menggunakan pisau pemotong sekitar pukul 4.30 pagi (waktu tempatan) .



Apabila si suami terbangun dan melihat dirinya dalam keadaan berdarah, dia lantas menghubungi kakitangan hotel tersebut sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pihak polis yang mendapat maklumat tentang insiden tersebut kemudian bergegas ke tempat kejadian dan menangkap si isteri yang kini ditahan reman.

Menurut Iwan, pasangan itu bernikah mengikut adat Bali setahun lalu.

Keluarga si suami bagaimanapun tidak bersetuju dengan pilihannya, menyebabkan dia  mengalami tekanan perasaan dan mahu menceraikan isterinya. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak

‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’



Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker