Polis tahan kumpulan kongsi gelap Geng 36 di Bahau

JEMPOL: Polis menahan 10 lelaki dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap ‘Geng 36′ sebelum sempat mencetuskan pergaduhan di kawasan Bahau pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), IPD Jempol bertindak ke sebuah rumah di Bahau, selepas menerima laporan mengenai perkara berkenaan pada 8 malam.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kesemua suspek berusia 19 hingga 43 tahun sedang membuat persediaan untuk melakukan pergaduhan dan jenayah.



“Hasil pemeriksaan menjumpai senjata parang, senjata tajam yang diubah suai dan senjata lain disimpan serta disembunyikan berhampiran tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hoo berkata polis telah mengenal pasti dan membuat pengesahan terhadap kumpulan ini berdasarkan tanda tatu di bahagian badan dan gambar simbol ’36’ di dalam kesemua telefon suspek.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 144 Kanun Keseksaan (Memiliki senjata-senjata maut dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang) dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Memiliki senjata berbahaya di tempat awam).

Hoo berkata kes tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 (Seseorang yang menganggotai suatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang). Kesemua suspek direman selama empat hari bermula 10 Mei.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)



Mawi muntah darah, mati sekejap



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker