Polis minta mangsa gangguan seksual dalam MRT buat laporan

Polis minta mangsa gangguan seksual dalam MRT buat laporan

Polis meminta wanita yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual di dalam Transit Aliran Massa (MRT) tampil membuat laporan polis agar siasatan segera dapat dijalankan.

Ketua Polis Cheras, Zam Halim Jamaluddin, berkata ia berikutan pihaknya mengesan video berkenaan tular di media sosial, 9.55 pagi hari ini.



“Polis mengesan video berdurasi 31 saat yang dimuatnaik seorang pengguna Twitter mendakwa individu melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di dalam MRT arah Cheras menuju Pusat Bandaraya.

“Sehingga kini, pihak polis masih belum menerima laporan polis berhubung kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video berkenaan yang boleh menimbulkan kekeliruan atau kegusaran awam.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.



Terdahulu, tular satu klip video berdurasi 31 saat di Twitter yang memaparkan seorang lelaki dengan pemakaian pelitup muka dilihat merakamkan mangsa menggunakan telefon pintar. FMT

Polis minta mangsa gangguan seksual dalam MRT buat laporan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)

Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar



Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun

Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker