Penagih dadah rempuh kereta polis, orang awam di Kota Bharu diburu polis

Penagih dadah rempuh kereta polis, orang awam di Kota Bharu diburu polis

POLIS kini memburu dua lelaki yang bertindak merempuh kenderaan polis serta orang awam dalam satu Ops Tapis yang dijalankan di Kota Bharu, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, pihaknya cuba menahan sebuah kereta Toyota Corolla Altis yang dinaiki oleh dua suspek di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Wakaf Che Yeh.



Beliau berkata, suspek yang memandu kenderaan tersebut telah bertindak merempuh kenderaan polis dalam usaha meloloskan diri.

“Sampai di hadapan sebuah pusat servis kereta, suspek bertindak merempuh beberapa kenderaan lain yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

“Kedua-dua suspek telah keluar dari kereta dan melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemeriksaan di dalam kenderaan suspek menemui syabu seberat 52.10g dan 200 pil yaba dimana kesemuanya bernilai RM9,815.



Muhamad Zaki berkata, identiti suspek telah dikenal pasti berdasarkan barangan peribadi yang berada di dalam kereta.

“Tangkapan akan dibuat dan kes disiasat dibawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Sementara, Muhamad Zaki berkata, seramai 366 orang ditangkap dalam operasi yang dijalankan sejak 4 Mei sehingga semalam membabitkan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Racun (AR) 1952.

Beliau berkata, mereka yang ditangkap terdiri daripada 361 lelaki dan lima orang perempuan masing-masing berusia 14 hingga 65 tahun.



“Turut dirampas dadah jenis heroin, 41.4 gram (g), pil yaba (5,726 biji), pil psikotropik (2,109 biji), syabu (20.95g), air ketum (224.6 liter), daut ketum (21 kilogram), kodien (1.61 liter) dan ganja (1g).

“Kesemua dadah bernilai RM94,648 dan boleh digunakan oleh 8,870 penagih dadah,” ujarnya.

Katanya, seramai 33 penagih tegar telah dituduh di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbaha 1952 sepanjang tempoh operasi dijalankan.

Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 di mana telah menyita harta iaitu kenderaan bernilai RM30,162. Utv



Penagih dadah rempuh kereta polis, orang awam di Kota Bharu diburu polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)



Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun



Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker