Leissner sudah kena, kenapa tergesa-gesa selesaikan kes dengan Goldman Sachs

Leissner sudah kena, kenapa tergesa-gesa selesaikan kes dengan Goldman Sachs

Seorang bekas Ahli Parlimen mempertikai kenapa pentadbiran Muhyiddin Yassin tergesa-gesa mempersetujui penyelesaian dengan Goldman Sachs pada 2020, ketika bank itu dan dua eksekutif dalam keadaan terumbang-ambing akibat peranan mereka dalam kemelut 1MDB.

“Tim Leissner yang ketika itu pengarah urusan bank telahpun mengaku salah pada 2018 kerana bersubahat mengubah wang haram dan amalan rasuah.



“Ketika itu, Roger Ng yang bersubahat dengannya dalam proses untuk diekstradisi dari Malaysia bagi menghadapi tuduhan sama,” katanya kepada FMT.

Tambahnya, ketika itu umum mengetahui Jabatan Keadilan menyiasat Goldman Sachs kerana kesalahan jenayah.

“Kita mempunyai kuasa tawar-menawar lebih tinggi kerana keadaan jelas tidak memihak pada bank itu pada masa berkenaan. Kita mampu mendapat tawaran lebih baik.

“Ada sesuatu tidak kena,” kata Santiago.



Pada 22 Oktober 2020, Kumpulan Goldman Sachs di New York dan anak syarikat di Malaysia mengaku salah bersubahat melanggar Akta Amalan Rasuah Asing AS apabila menaja jamin bon 1MDB bernilai USD6.5 bilion antara 2012 dan 2013.

“Pengakuan salah bank itu tidak dapat dielakkan selepas pengakuan Leissner,” kata Santiago.

“Disebabkan itu juga, saman sivil difailkan di AS terhadap Goldman Sachs pasti memihak kepada kerajaan”.

Bekas Ahli Parlimen itu turut berkata tiada “keperluan mendesak” untuk kerajaan memperoleh penyelesaian dana berkenaan pada 2020.



“Dua bon pertama yang perlu dilunaskan pada 2022 dan bernilai USD3.5 bilion, dijamin International Petroleum Investment Co (IPIC) dan 1MDB, bukannya kerajaan.

“Apabila matang, IPIC perlu menghormati tuntutan bayaran daripada pelabur bon berkenaan sekalipun 1MDB teringkar,” katanya.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya memikirkan resolusi bagi membayar balik IPIC pada masa lain.

Anwar dan ketua pasukan petugas 1MDB Johari Ghani mempertikai betapa pantas kerajaan Muhyiddin merundingkan dan mempersetujui penyelesaian bersama Goldman Sachs.



Johari berkata, pada 30 Jun 2020, beliau menemui Muhyiddin, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dan Peguam Negara Idrus Harun untuk membincangkan kemungkinan tuntutan terhadap Goldman Sachs di Amerika Syarikat.

Beliau mengusulkan cadangan bertulis pada 3 Julai 2020, Johari kepada Muhyiddin, yang seterusnya menghantarnya kepada Idrus pada 15 Julai 2020.

Bagaimanapun menjelang 24 Julai 2020 kerajaan telah menandatangani “Points of Agreement” dengan Goldman Sachs.

1MDB dilaporkan mengalami kerugian besar antara USD7 bilion hingga USD9.6 bilion berkait tiga bon berkenaan.



Perjanjian penyelesaian dikuatkuasakan pada 18 Ogos 2020 melihat kerajaan dan 1MDB memperoleh semula USD2.5 bilion dari bank, termasuk yuran USD606 juta yang dibayar.

Goldman Sachs juga perlu memastikan pemulihan aset asing yang boleh dikesan kepada dana 1MDB bernilai USD1.4 bilion dalam tempoh lima tahun.

Mengikut terma perjanjian, kerajaan berhak menerima bayaran interim USD250 juta jika aset bernilai USD500 juta tidak dipulihkan sebelum Ogos tahun lalu. Bagaimanapun setakat tempoh itu Putrajaya tidak menerima bayaran dijanjikan.

Ramai menganggap jumlah dipersetujui dalam penyelesaian itu sebagai rendah.



Pada 27 Februari lalu, Johari memberitahu Dewan Rakyat bahawa Malaysia menanggung kerugian amat besar dalam perjanjian itu, yang turut dipersetujui Anwar di Parlimen pada 9 Mac lalu.

Johari turut menggesa kerajaan mengenal pasti dan menyiasat perunding yang bertindak bagi pihak Putrajaya dalam hal itu. FMT

Leissner sudah kena, kenapa tergesa-gesa selesaikan kes dengan Goldman Sachs

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker