Dituduh rogol isteri orang, ketua Umno Tawau lapor polis

Dituduh rogol isteri orang, ketua Umno Tawau lapor polis

Ketua Umno Tawau Ghazali Ansing membuat laporan polis susulan dakwaan mencederakan isterinya dan merogol isteri rakan baiknya seperti ditular sebuah blog.

Katanya, laporan dibuat di Balai Polis Tanjung Aru, 1.37 petang tadi.



Beliau berkata, tuduhan dilemparkan blog itu begitu dahsyat dan cuba mencemarkan nama dan imej baiknya sebagai pemimpin politik.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah dilemparkan dan perkara ini telah mencemarkan nama baik keluarga serta mengganggu kehidupan harian anak-anak saya.

“Menerusi laporan ini, saya berharap polis dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap blog yang menyebarkan fitnah tersebut. Jadi, kita tunggu hasil siasatan polis,” katanya menurut Utusan Malaysia.

“Saya cuma berharap laporan polis ini dapat dijadikan rujukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis.”



Menurut Ghazali, masalah rumah tangganya dengan isteri dijadikan alat menabur fitnah.

Pada 21 Feb lalu, beliau membuat laporan polis insiden kehilangan isteri dan siasatan awal mendapati, perkara itu membabitkan orang lari dari rumah dan bukannya hilang.

Malah, semasa isterinya melarikan diri, tiga anak mereka ditinggalkan bersendirian di rumah manakala dia berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja.

Katanya, itu adalah kali kedua isteri yang dikahwini sejak 14 tahun lalu bertindak melarikan diri. FMT



Dituduh rogol isteri orang, ketua Umno Tawau lapor polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak



Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker