Penggodam akaun Twitter selebriti didakwa di AS

 

WASHINGTON: Seorang lelaki di Britain mengaku bersalah semalam kerana menggodam akaun Twitter selebriti seperti Barack Obama dan Elon Musk dan mencuri AS$794,000 (RM3.5 juta) mata wang kripto.

Joseph James O’Connor, 23, membuat pengakuan itu di mahkamah New York selepas diekstradisi dari Sepanyol pada 26 April lalu.



Dia ditangkap hampir dua tahun lalu di Sepanyol kerana menggodam lebih 130 akaun Twitter pada Julai 2020, termasuklah akaun Apple, Uber, Kanye West, Bill Gates, Joe Biden, Obama dan Musk.

Suspek bersama individu lain dalam kumpulan penggodam didakwa merampas akaun dan meminta pengikut akaun itu menghantar bitcoin kepada mereka, selepas berjanji untuk menggandakan wang mereka.

Pada 2019 kumpulan itu juga menggunakan teknik yang dikenali sebagai pertukaran kad sim untuk menembusi akaun media sosial dua pempengaruh terkenal yang tidak dinamakan di mahkamah.

Bagaimanapun, laporan akhbar kemudian mendedahkan bintang TikTok yang dimaksudkan itu adalah Addison Rae dan pelakon, Bella Thorne.



Suspek juga mengancam untuk mengeluarkan imej peribadi mereka dan beberapa maklumat lain.

Mereka juga didakwa menggunakan teknik yang sama untuk mencuri AS$794,000 (RM3.5 juta) mata wang maya daripada syarikat mata wang kripto New York.

O’Connor, yang menggunakan nama talian PlugwalkJoe, mengaku bersalah atas pelbagai pertuduhan pencerobohan komputer, peras ugut, mengintai, penipuan wayar dan penggubahan wang haram.

Pertuduhan yang paling serius membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.



Pada Julai 2021, seorang remaja Florida, Graham Ivan Clark, yang didakwa dalang kumpulan penggodam, turut dijatuhi hukuman penjara tiga tahun di bawah perjanjian pengakuan.

Clark, hanya berusia 17 tahun ketika dia didakwa dan dia dijatuhkan hukuman maksimum seperti yang dibenarkan di bawah Akta Pesalah Muda Florida. – AFP

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak



Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker