Kes Rasuah Muhyiddin: Peguam mohon pindah ke Mahkamah Tinggi

Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memohon supaya kes menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Bersatu dan menerima wang hasil daripada aktiviti haram yang dihadapinya dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam Rosli Dahlan yang mewakili Muhyiddin berkata permohonan itu difailkan pada 27 April lepas antaranya atas alasan kes tersebut melibatkan persoalan undang-undang yang kompleks membabitkan Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh itu, ia perlu dipindahkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi,” katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Nur Azizah Jaafar hari ini, yang kemudiannya menetapkan 31 Mei untuk pengurusan kes selanjutnya.



Menerusi afidavit sokongannya, Muhyiddin, 75, berkata Mahkamah Sesyen tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan atau memutuskan perkara-perkara yang melibatkan Perlembagaan Persekutuan dan hanya mahkamah atasan iaitu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan sahaja mempunyai kepakaran untuk memutuskan perkara sedemikian.

“Adalah lebih wajar bagi prosiding itu didengar dan dibicarakan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa, pengalaman luas serta pemahaman undang-undang mendalam untuk menentukan dan memutuskan isu-isu Perlembagaan,” kata Muhyiddin dalam afidavitnya.

Berhubung permohonan presiden Bersatu itu untuk membatalkan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan, Rosli berkata Timbalan Pendaftar Nurshafini Mustafha menetapkan 12 Jun untuk pengurusan kes selanjutnya.

Pada 18 April lepas, Muhyiddin yang juga pengerusi PN memfailkan notis usul bagi memohon agar dia dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 10 Mac lepas selain prosiding kes tersebut di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.



Menerusi afidavit sokongan yang difailkan bersama notis usul itu, dia mendakwa keempat-empat pertuduhan adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang.

Muhyiddin sebagai perdana menteri (ketika itu) dan presiden Bersatu didakwa telah menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Azman Yusoff bagi parti tersebut.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Muhyiddin turut berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.



Dia didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di Kuala Lumpur antara 25 Feb 2021 dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022.

Ahli parlimen Pagoh itu juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas atas satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama.

Prosiding hari ini turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Noralis Mat dan Nor Asma Ahmad selain Rosli turut dibantu peguam K Kumaraendran, Hisyam Teh Poh Teik, Chetan Jethwani, Kee Wei Loon dan Teh See Khon.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak



Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker