Perodua Alza baru terbakar

Empat sekeluarga nyaris maut

Perodua Alza baru terbakar

Sebuah kereta Perodua Alza yang dinaiki mangsa terbakar dalam kejadian di susur masuk di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang.
Sepasang suami isteri bersama dua anak mereka nyaris maut selepas kereta Perodua Alza baharu yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian di susur masuk di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, hari ini.

Pasangan suami isteri berusia lingkungan 20-an yang kedua-duanya dipercayai Orang Kurang Upaya (OKU) bisu itu bersama anak lelaki, 2, dan perempuan berumur tiga tahun dalam perjalanan dari Alma, dekat sini ke Relau.



Mereka sekeluarga sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari kereta yang dinaiki terbakar dengan berhenti di tepi jalan dan keluar dari kenderaan terbabit.

Pegawai Operasi Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Shahrul Munawer Taharem berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.24 petang memaklumkan kejadian itu.

“Apabila pihak bomba tiba di lokasi mendapati kereta itu sedang terbakar dan api marak manakala pemandu dan tiga penumpang telah berjaya menyelamatkan diri sebelum kami tiba di situ.

“Kami menjalankan kerja pengawalan dan pemadaman, api berjaya dipadam sepenuhnya pada 2.44 petang dan kereta itu terbakar lebih 95 peratus. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya hari ini. Utv



Perodua Alza baru terbakar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak



Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker