Puteri Sarah diceraikan dua kali

Puteri Sarah diceraikan dua kali

Pelakon Puteri Sarah Liyana didakwa pernah diceraikan dua kali oleh suaminya juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Menurut sumber Harian Metro, kedua-dua lafaz talak itu pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.



“Perkara ini memang berlaku dan ada rekod. Malah sudah difailkan pada September 2020 untuk pengesahan lafaz cerai,” katanya kepada Harian Metro.

Sumber itu berkata, difahamkan Syamsul tidak hadir ke mahkamah.

Untuk rekod, kes perceraian pasangan itu masih berjalan di Mahkamah Syariah di sini dan gagal diselesaikan selepas Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah pada 18 April lalu.


Baca Artikel Menarik:

Yusof Haslam nafi dirinya dan keluarga beraya dengan Ira Kazar




Pergolakan rumah tangga mereka bermula selepas kehadiran pihak ketiga iaitu Ira Kazar juga anak kepada pelakon veteran Kazar sebelum Syamsul mengakui sudah bernikah dengan wanita itu pada awal Januari lalu di Thailand.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. HM

Meerqeen pun bergambar dengan Gadot




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker