Gaduh suami isteri punca wanita halang kereta di lampu isyarat [VIDEO]

TANGKAP layar video tular menunjukkan seorang wanita cuba menahan sebuah kereta yang bergerak di persimpangan jalan lampu isyarat.

PORT DICKSON – Seorang wanita warga Indonesia yang videonya tular di media sosial kerana menghalang sebuah kereta yang sedang bergerak di hadapan sebuah lampu Isyarat di Batu 1, di sini, tampil membuat laporan polis petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, wanita berusia 32 tahun itu merupakan suri rumah bersama suaminya warganegara Indonesia bekerja sebagai buruh bangunan, 58, hadir ke Balai Polis Port Dickson pada pukul 4.15 petang.

“Hasil temu bual oleh pihak polis mendapati kedua-dua mereka merupakan pasangan suami isteri yang tinggal di rumah beralamat di Port Dickson.

“Sebelum kejadian, mereka bertengkar kerana suaminya hendak keluar rumah untuk pergi ke rumah anak mereka di Telok Kemang di sini, tetapi dihalang isteri kerana bimbang kesihatannya yang baharu mendapat rawatan di Hospital Port Dickson setelah enam hari umat Islam berpuasa,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Muhamad Mustafah berkata, tanpa menghiraukan isteri, lelaki itu terus keluar dari rumah dan memandu kereta dari rumahnya ke Telok Kemang.

“Isterinya dengan bantuan jiran telah membonceng motosikal jiran dan dapat mengesan suami di lampu isyarat Batu 1, Pantai Port Dickson, di sini dan bertindak menghalang Proton Wira dipandu suami meneruskan perjalanan,” katanya.

Jelas Muhamad Mustafah, suami isteri itu telah mengakui kesilapan mereka dan hadir ke balai polis setelah mengetahui kes berkenaan tular di media sosial serta bagi memberi penjelasan sebenar berhubung kejadian tersebut.

“Pasangan itu juga memohon maaf atas perbuatan yang diakui membahayakan diri sendiri dan orang awam lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan

Mira dedah cerita cinta dengan View Chin

Ameera Khan jadi pengantin tahun depan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker