Edar dadah, pengantin baharu ‘bulan madu’ dalam lokap

Edar dadah, pengantin baharu ‘bulan madu’ dalam lokap

Sepasang pengantin baharu terpaksa “berbulan madu” dalam lokap selepas dicekup di Chikus dekat Langkap, Ipoh, kerana disyaki mengedar dadah.

Pasangan berusia 23 dan 24 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Hilir Perak ketika menunggu pelanggan di kawasan letak kenderaan masjid pada 12.30 tengah hari.



Ketua Polis Hilir Perak, Ahmad Adnan Basri, berkata pasangan itu yang mendirikan rumah tangga semalam ditahan bersama 20 bungkusan plastik disyaki berisi heroin dianggarkan bernilai RM77,000.

“Hasil pemeriksaan, polis merampas sebuah beg pakaian dan menemukan dadah disyaki heroin itu yang dianggarkan seberat 9.268kg.

“Dadah ini dipercayai untuk diedar ke luar Hilir Perak dan boleh menampung keperluan hampir 10,000 penagih,” katanya menurut Bernama.

Adnan berkata, saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis Methamphetamine.



“Pasangan ini tidak bekerja dan polis sedang mengesan ahli sindiket yang dipercayai terlibat dalam kegiatan itu,” katanya.

Beliau berkata, polis akan mengemukakan permohonan reman terhadap mereka esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. FMT

Edar dadah, pengantin baharu ‘bulan madu’ dalam lokap

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan

Mira dedah cerita cinta dengan View Chin



Ameera Khan jadi pengantin tahun depan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker