Suami rebah selepas cuba baju raya

 

 

HULU TERENGGANU – Seorang wanita yang hamil lapan bulan menerima ujian berat apabila suami yang menjadi tempat bergantung dijemput Ilahi pada pertengahan Ramadan lalu.

Noor Shakilatul Shida Mamat, 30, menganggap sambutan Sya­wal kali ini bagaikan tidak bermakna selepas suami, Ku Asmawi Ku Hamad, 37, pergi secara mengejut akibat serangan jantung pada 11 April lalu.

“Lebih menyedihkan, suami meninggal dunia selepas kami selesai membeli pakaian raya.



“Arwah memilih pakaian sedondon berwarna hijau untuk digayakan pada pagi raya,” katanya ketika ditemui di Kampung Tok Dor, Ajil di sini baru-baru ini.

Menurut ibu tiga anak itu, pemergian suaminya itu bagaikan mimpi kerana pemandu lori tersebut kelihatan ceria sewaktu membawa mereka membeli pakaian raya di pekan Kuala Berang.

Ku Asmawi dilihat tidak sabar untuk mencuba baju-T yang baru dibeli sebaik tiba di rumah.

“Sejam selepas mencuba baju raya, arwah suami tiba-tiba rebah sebelum dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu.



“Pegawai perubatan mengesahkan kematian suami akibat serangan jantung. Semua berlaku secara mengejut sebab arwah cuma batuk ringan pada hari kejadian,” kata suri rumah itu.

Noor Shakilatul memberitahu, dia tidak mempunyai kekuatan untuk menyediakan hida­ngan nasi minyak dan sate yang meru­pakan makanan kegemaran arwah suaminya pada 1 Syawal nanti.

Begitupun, wanita itu berkata, dia akan cuba menguatkan diri demi masa depan tiga anak mereka iaitu Ku Nur Aafiya Humaira, 4, Ku Muhammad Haikal, 7, dan Ku Adam Mukhriz, 10.

“Paling sedih memikirkan anak keempat yang bakal saya lahirkan pada hujung bulan depan tidak sempat mendapat kasih sa­yang bapanya.



“Saya berdoa nasib saya dan anak-anak dilindungi Allah. Selama ini, kami bergantung semata-mata dengan pendapatan arwah suami,” ujarnya. –

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan



Mira dedah cerita cinta dengan View Chin

Ameera Khan jadi pengantin tahun depan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker