Tiket mahal, ada penuntut terpaksa beraya seorang diri

Tiket mahal, ada penuntut terpaksa beraya seorang diri

Kebanyakan penuntut universiti dari Sabah dan Sarawak terpaksa berkorban menyambut Aidilfitri tanpa keluarga berikutan tidak sanggup mengeluarkan belanja tinggi untuk membeli tiket pesawat yang mahal.

Penuntut Sarjana Muda Pengurusan Taman dan Ameniti, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, Wilma Jalisan, 21, berkata, dia memutuskan tidak pulang menyambut Aidilfitri di Semporna berikutan harga tiket pesawat untuk perjalanan sehala ke Tawau, Sabah mencecah RM5,000.



“Memang sedih juga beraya seorang diri di sini tanpa keluarga apatah lagi ini kali pertama beraya tanpa mereka, tetapi saya perlu cekalkan hati kerana perjalanan saya sebagai pelajar masih panjang dan sudah tentu perlukan banyak belanja.

“Bagi pelajar macam saya ini, RM5,000 itu nilainya terlalu tinggi dan tidak berbaloi.

“Nilai itu kalau dihitung boleh menampung perbelanjaan saya di kampus selama lima bulan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bagi penuntut Sarjana Muda Pendidikan Perakaunan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, Mohd Ikmal Mohd Hussin, 22, berkata, dia pertama kali tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Lahad Datu, kerana tiket pesawat mahal.



“Mahal sangat tiket pesawat cecah lebih RM1,500 jadi saya fikir lebih baik tak payah balik kampung.

“Kalau ikutkan memang saya sedih tak beraya dengan keluarga tetapi apabila fikirkan tentang tujuan saya datang belajar di sini, saya pendamkan rasa itu.

“Tak apalah berkorban sedikit, lagipun pihak UUM akan adakan program seperti solat Aidilfitri dan jamuan bagi meraikan pelajar yang tidak dapat balik beraya jadi mungkin boleh mengubat kerinduan terhadap keluarga di kampung,” katanya.

Sementara itu, penuntut UUM yang mengambil jurusan keusahawanan, Firdaus Mohamad, 23, berkata, dia memilih beraya di kampus berbanding pulang ke Sarikei, Sarawak kerana tidak mahu membebankan ibu bapanya.



“Walaupun harga tiket berharga antara RM600 ke RM700, namun bagi saya nilai itu mahal kerana saya bukan orang senang dan ayah saya cuma petani.

“Saya tak nak menyusahkan ibu bapa. Kalau saya balik, saya akan tambah beban kewangan mereka kerana sudah tentu mereka perlu keluarkan belanja untuk saya.

“Jadi, lebih baik saya beraya di sini dan simpan duit itu untuk keperluan penting. Nanti apabila tiket murah, barulah saya balik jumpa keluarga,” katanya.

Katanya, dia akan menyambut Aidilfitri bersama rakan lain berikutan pihak universiti juga akan menjalankan pelbagai program khusus untuk penuntut yang tidak pulang ke kampung halaman. HM



Tiket mahal, ada penuntut terpaksa beraya seorang diri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?



Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker