Madammu didakwa ada anak luar nikah, bakal saman fitnah

Madammu didakwa ada anak luar nikah, bakal saman fitnah

Seorang usahawan kosmetik terkenal, Madammu yang mengasaskan produk kecantikan Noir tampil membidas kenyataan seorang individu yang telah melemparkan fitnah melampau terhadap dirinya.

Kata Madammu, individu itu telah menuduh anaknya Ahmadi yang dikatakan anak luar nikah.

“Ahmadi anak luar nikah Madammu ke?” soal individu itu dalam satu sesi siaran langsung di TikTok usahawan itu baru-baru ini.

Madammu kemudian dilihat berang dengan tuduhan tidak berasas itu dan meluahkan hasrat untuk menyaman individu berkenaan.

Hey! Sampai hati cakap macam tu. Yang (suami), tolong screenshot komen ni. Kita saman dia. Saya hantar surat saman.

Katanya lagi, dia tidak hairan jika seseorang itu menggunakan akaun palsu namun tidak perlu untuk bersikap kurang ajar sehingga menuduh anaknya sebagai anak luar nikah.

Tak kisah la awak pakai akaun palsu, awak cakap anak saya anak luar nikah? Kurang ajar betul. Saya ada team IT dimana boleh trace awak punya komen ni. Saya akan hantar surat saman.

Pemilik nama Eriyca Baiduri Abdul Rashid itu kemudian membatalkan hasratnya itu kerana menganggap individu tersebut tersilap cakap selain enggan memanjangkan isu.

Suami Madammu, Muhammad Azri Che Noh yang berada di sisi Madammu tampil menjelaskan bahawa anak-anak, iaitu Ahmadi, Zaqa dan Qally adalah anaknya hasil perkahwinan bersama bekas isterinya yang telah pun meninggal dunia.

“Sebenarnya, Ahmadi, Zara dan Qally adalah anak saya dengan isteri arwah yang dah meninggal. Tak apalah, saya maafkan dia. Madam adalah isteri yang baru” ujar Azri.

Terdahulu, usahawan kosmetik itu pernah menjalani kaedah untuk hamil dengan cara IVF dan kini sedang sarat hamil.

Madammu didakwa ada anak luar nikah, bakal saman fitnah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker