PRN 6 negeri penentu akar umbi Umno terima DAP atau tidak – Ismail
PRN 6 negeri penentu akar umbi Umno terima DAP atau tidak – Ismail
Keputusan pilihan raya di enam negeri bakal menjadi penentu sama ada akar umbi Umno boleh menerima kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang disertai DAP atau sebaliknya.
Bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, penilaian melalui PRN perlu memandangkan kerjasama dengan DAP dibuat secara mengejut iaitu seminggu selepas keputusan PRU15 berikutan dua parti itu mempunyai sejarah panjang permusuhan.
“Dari segi kajian kita tak ada, kita (Umno) dengan DAP hubungan tidak pernah bersama. Perjuangan kita berbeza dengan Umno dan DAP…macam kalau laluan satu ke kanan satu kiri, seminggu selepas PRU kita bentuk kerajaan bersama.
“Terkejut itu memang terkejut, soal penerimaan (akar umbi) sampai hari ini kita tak buat kajian, tapi mungkin PRN nanti akan memberi gambaran.”
Ismail Sabri juga memberitahu, perjuangan dan sikap orang Umno terhadap DAP amat jelas apabila mereka tidak boleh menerima parti itu.
“DAP sejak dahulu lagi tidak boleh menerima Umno tetapi tiba-tiba seminggu selepas pilihan raya, kita kerjasama, sebab itu saya katakan kawin kena bercinta dulu, sekurangnya kita kenal sudah lama,” katanya kepada media di program beli belah baju raya bersama 41 penghuni Rumah Amal Asnaf Al-Barakh, Keramat.
Beliau berkata, demikian ketika ditanya sejauh mana akar umbi Umno boleh menerima kerjasama dengan DAP selepas empat bulan membentuk kerajaan perpaduan.
Katanya, berbanding kerjasama dengan PAS sebelum ini, ia dibuat lebih lama melalui Muafakat Nasional (MN) dan mempunyai struktur jawatankuasa dari peringkat atasan sehingga bawahan, berbanding PH.
“Dengan PAS, kita ada jawatankuasa sehingga di peringkat bahagian kerjasama Umno-PAS, kalau bulan puasa boleh buat majlis berbuka bersama…ibadah qurban bersama, ia tak sama (kerjasama dengan PH),” katanya.
Mengulas kenyataan Naib Pengerusi DAP Perak, Aziz Bari bahawa orang Malayu lebih menyokong Perikatan Nasional (PN) berbanding Umno, Ismail Sabri berkata, itu pandangan pemimpin DAP sebab parti itu ada penilaian sendiri.
“Tengok keputusan pilihan raya, kita tak tahu itu mungkin andaian dia seperti itu, dan Umno bukan berdiam diri sahaja, teruskan bekerja pastikan kemenangan dan kita ada kepimpinan baharu, ada perancangan baharu, itu andaian Aziz.” katanya. FMT
PRN 6 negeri penentu akar umbi Umno terima DAP atau tidak – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Noor Hisham bersara wajib
- Sivakumar disoal siasat SPRM kali kedua
- View Chin belum selamat, Ah Moi akan ambil tindakan undang-undang
- Uqasha pasang bodyguard jaga keselamatan
- Puteri Sarah tampil trend baru, pakai baju putih untuk proses cerai
- Seorang Lagi Bekas Staf View Chin Dedah Perangai Buruk Mira
- Ini sebab mengapa Angkatan Tentera Malaysia jadi sebutan di Turkiye
- Luahan hati View Chin
- Batik Air tuntut AirAsia Super App padam produk dijual dalam aplikasi
- Lebih lebih 5 jam kena sidai di Lebuhraya Karak, rupanya ini sebenar yang berlaku
- Mangsa bunuh sempat hantar mesej beritahu dalam bahaya
- Pasu pecah hanya ‘prank’, Aliff Syukri terus dikecam
- Mentua setuju tuntutan saya – Puteri Sarah
- Puteri Sarah Dedah Jumlah Mutaah & Nafkah Anak Tidak Cecah Jutaan Ringgit pun Syamsul Minta Diskaun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah
You must be logged in to post a comment.