KUALA LUMPUR: Gerhana adalah peristiwa yang terjadi di mana planet lain seperti bulan atau matahari atau bintang lain menyekat atau mengaburkan cahaya dari yang lain. Keajaiban alam ini pastinya sesuatu yang menarik untuk dilihat.
Berikut adalah 10 fakta menarik tentang gerhana matahari yang perlu anda ketahui menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
1. Gerhana Matahari yang berlaku pada 20 April 2023 dikenali sebagai gerhana matahari hibrid.
2. Gerhana matahari ini sangat jarang berlaku, iaitu dianggarkan sekali setiap dekad di mana kedua-dua jarak bulan dan matahari ke bumi perlu berada pada kedudukan tertentu untuk fenomena ini berlaku.
3. Gerhana matahari hibrid ini hanya berlaku tujuh kali pada abad ke-21, iaitu pada 2013, 2023, 2031, 2049, 2050 dan 2067.
4. Ia dipanggil hibrid kerana melibatkan ketiga-tiga kawasan bayang-bayang bulan iaitu umbra, penumbra dan antumbra yang menggabungkan ketiga-tiga jenis gerhana matahari iaitu, gerhana matahari penuh, gerhana matahari anulus dan gerhana matahari separa sepanjang laluan tengah gerhana.
5. Fenomena gerhana matahari hibrid pada 20 April 2023 berlaku di hemisfera selatan mulai jam 9:35 pagi dan berakhir pada 3 petang waktu tempatan.
6. Fenomena tersebut dilihat di sebahagian Australia, Timor-Leste, Indonesia (Papua Barat dan Papua) manakala Gerhana Matahari Separa boleh dilihat di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Hindia Timur, Australia, Filipina dan New Zealand.
7. Fenomena gerhana matahari hibrid ini berlaku pada 4.1 hari selepas bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu titik orbit bulan yang berada pada kedudukan terdekat dari Bumi dengan jarak 367,968km. magnitud gerhana matahari hibrid kali ini adalah 1.0132.
8. Laluan gerhana selebar 49 kilometer (km) ini bermula di Lautan Hindi ketika Matahari terbit dan berakhir ketika matahari terbenam di Lautan Pasifik dan hanya melintasi kawasan darat di sebahagian Australia Barat, Timor-Leste dan Papua Barat.
9. Ketika fenomena ini berlaku, gerhana anulus akan kelihatan dalam beberapa saat di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dengan gerhana maksimum di Exmouth, Australia Barat (satu minit), Timor-Leste (satu minit 14 saat) dan Papua Barat (satu minit 9 saat).
10. Gerhana matahari separa akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra bulan yang lebih luas meliputi Asia Tenggara termasuk Malaysia, Hindia Timur, Australia, Filipina dan New Zealand.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?
Ibu maafkan kau Sol, tapi….
Amelia sertai Miss Universe Malaysia
Like this:
Like Loading...
Related