Pakai pelitup muka ketika solat raya
Pakai pelitup muka ketika solat raya
Pemakaian pelitup muka bagi jemaah yang akan menunaikan solat Aidilfitri di masjid atau surau akan kekal mengikut prosedur operasi standard (SOP) fasa peralihan ke endemik yang sedang berkuat kuasa.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata SOP fasa peralihan ke endemik amat menggalakkan pemakaian pelitup muka jika berada di kawasan ramai orang dan sesak.
Beliau berkata, ia hasil perbincangan bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah.
“Setelah merujuk Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), dimaklumkan bahawa SOP Fasa Peralihan ke Endemik, yang sedang berkuatkuasa pada masa ini amat menggalakkan pemakaian pelitup muka jika berada di kawasan ramai orang dan sesak.
“Memandangkan SOP ini masih berkuat kuasa, maka JAKIM ingin menasihatkan kepada semua umat Islam supaya mengambil langkah berwaspada dan berhati-hati dengan kawalan kendiri jika berada di tempat perkumpulan ramai dan sesak, termasuk di masjid dan surau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama Ketua Pengarah JAKIM dan Mufti Wilayah Persekutuan berhubung penetapan pemakaian pelitup muka semasa menunaikan solat Aidilfitri.
Beliau berkata, walaupun ia baik untuk langkah pencegahan berikutan terdapat peningkatan penularan kes COVID-19 ketika ini, sebarang ketetapan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka perlu dirujuk kepada kedua-dua institusi terbabit terlebih dahulu. BH
Pakai pelitup muka ketika solat raya
Baca Artikel Menarik:
- Noor Hisham bersara wajib
- Sivakumar disoal siasat SPRM kali kedua
- View Chin belum selamat, Ah Moi akan ambil tindakan undang-undang
- Uqasha pasang bodyguard jaga keselamatan
- Puteri Sarah tampil trend baru, pakai baju putih untuk proses cerai
- Seorang Lagi Bekas Staf View Chin Dedah Perangai Buruk Mira
- Ini sebab mengapa Angkatan Tentera Malaysia jadi sebutan di Turkiye
- Luahan hati View Chin
- Batik Air tuntut AirAsia Super App padam produk dijual dalam aplikasi
- Lebih lebih 5 jam kena sidai di Lebuhraya Karak, rupanya ini sebenar yang berlaku
- Mangsa bunuh sempat hantar mesej beritahu dalam bahaya
- Pasu pecah hanya ‘prank’, Aliff Syukri terus dikecam
- Mentua setuju tuntutan saya – Puteri Sarah
- Puteri Sarah Dedah Jumlah Mutaah & Nafkah Anak Tidak Cecah Jutaan Ringgit pun Syamsul Minta Diskaun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah
You must be logged in to post a comment.