Nak beri duit raya ketika Ramadan atau Syawal?
Nak beri duit raya ketika Ramadan atau Syawal?
Berbicara tentang Hari Raya Aidilfitri, kanak-kanak adalah insan paling gembira disebabkan kutipan duit raya dan sudah menjadi kebiasaan buat mereka mengelilingi kampung menziarahi jiran tetangga.
Pemberian duit raya selalunya dianggap sedekah dan boleh dilihat sebagai amalan yang membuka pintu rezeki. Memberi sedekah bukan sahaja mendapat ganjaran pahala malah mampu mengeratkan silaturahim.
Walau bagaimanapun, perkara ini menimbulkan banyak persoalan dan tanda tanya kepada masyarakat. Antaranya adalah pemberian duit raya lebih baik diberikan semasa Ramadan atau Syawal? Pahala kedua-duanya sama atau tidak?
Bagi menjawab persoalan ini, ikuti perkongsian Ustazah Asma’ Harun di laman sesawang miliknya.
“Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sesungguhnya sedekah kepada orang miskin pahalanya satu sedekah, sedangkan sedekah kepada kaum kerabat(keluarga) pahalanya dua; pahala sedekah dan pahala silaturahim.”
(HR an-Nasaie, hadis sahih)
SubhanAllah, hebatnya orang melayu yang menjadikan pemberian duit raya sebagai satu adat dari dulu sehingga sekarang. Ia bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim, bahkan di dalam kitab Fathul bari yang dikarang oleh Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani r.a menyebut bahawa “Menzahirkan perasaan bergembira pada hari-hari perayaan adalah di antara syiar Islam”.
Sahabat, ganjaran pahala adalah milik Allah. Sebagai hamba-Nya, kita digalakkan bersedekah pada bila-bila masa namun Nabi Muhammad SAW menggandakan amalan sedekahnya apabila menjelang Ramadan. Maka, disarankan jika ingin lakukan pemberian duit raya, berikanlah lebih awal iaitu dalam bulan Ramadan.
Ibn ‘Abbas r.a. berkata:
“Nabi SAW merupakan manusia yang paling pemurah dengan kebaikan. Baginda menjadi lebih pemurah dalam bulan Ramadan, apabila bertemu dengan malaikat Jibril. Jibril akan hadir berjumpa Nabi SAW setiap malam di bulan Ramadan sehingga tamatnya Ramadan. Nabi SAW akan membacakan al-Quran kepada Jibril. Apabila Jibril bertemu baginda, baginda menjadi lebih pemurah daripada angin yang bertiup.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
Sheikh Muhammad Hasan al-Dedu al-Shanqiti menjelaskan:
“Sesungguhnya angin mursalah bertiup sangat laju dan akan mengenai seluruh apa yang dilalui. Demikianlah dengan pemberian Nabi Muhammad SAW, memberikan segala-galanya sehingga meliputi seluruh rumah. Ia juga ibarat lajunya pemberian Nabi sehingga baginda memberi sebelum orang meminta, dan baginda menghulurkan bantuan ke tempat yang jauh sebagaimana angin yang bergerak ke tempat yang jauh dalam waktu yang singkat.”
Moga ikhlas dan syukur terus terpahat dalam diri kita sama ada bagi yang memberi atau menerima. Bagi yang tidak mampu, janganlah bersedih hati. Pemberian duit raya bukanlah satu kewajipan melainkan hanya satu adat yang diraikan, masih banyak lagi amalan yang boleh dilakukan untuk mengeratkan silaturahim antara kita dan insan lain, insyaAllah.
Kesimpulan
Tidak menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang ingin memberikan duit raya ketika Syawal, akan tetapi amat digalakkan untuk memberikannya ketika Ramadan kerana Nabi SAW akan menggandakan amalan sedekahnya apabila menjelang Ramadan, Wallahua’lam.”
Kredit: Ustazah Asma’ Harun
Nak beri duit raya ketika Ramadan atau Syawal?
Baca Artikel Menarik:
- Noor Hisham bersara wajib
- Sivakumar disoal siasat SPRM kali kedua
- View Chin belum selamat, Ah Moi akan ambil tindakan undang-undang
- Uqasha pasang bodyguard jaga keselamatan
- Puteri Sarah tampil trend baru, pakai baju putih untuk proses cerai
- Seorang Lagi Bekas Staf View Chin Dedah Perangai Buruk Mira
- Ini sebab mengapa Angkatan Tentera Malaysia jadi sebutan di Turkiye
- Luahan hati View Chin
- Batik Air tuntut AirAsia Super App padam produk dijual dalam aplikasi
- Lebih lebih 5 jam kena sidai di Lebuhraya Karak, rupanya ini sebenar yang berlaku
- Mangsa bunuh sempat hantar mesej beritahu dalam bahaya
- Pasu pecah hanya ‘prank’, Aliff Syukri terus dikecam
- Mentua setuju tuntutan saya – Puteri Sarah
- Puteri Sarah Dedah Jumlah Mutaah & Nafkah Anak Tidak Cecah Jutaan Ringgit pun Syamsul Minta Diskaun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah
You must be logged in to post a comment.