Guru ‘body shaming’ murid gemuk dikecam
PETALING JAYA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak perempuan sedih diperlekeh oleh gurunya berikutan berbadan gemuk menerima kecaman pengguna media sosial.
Melalui perkongsian video di akaun TikTok milik Zurakasih itu, memaparkan kanak-kanak berkenaan menangis meluahkan rasa sedih terhadap apa yang berlaku kepada dirinya di dalam sebuah kereta ketika pulang dari sekolah kepada ibunya.
“Cikgu kata macam mana nak dapat jodoh kalau gemuk macam ni, permaisuri semuanya kurus,” kata kanak-kanak berkenaan melalui video tersebut.
“Oh cikgu cakap macam tu, cikgu buat ‘body shaming’ (kecam badan),” ujar ibu kanak-kanak berkenaan.
Namun, melalui perkongsian video itu juga difahamkan kes tersebut telah diajukan kepada guru besar sekolah berkenaan dan difahamkan juga guru itu telah membuat surat penjelasan berhubung kejadian itu.
“Semoga jadi pengajaran kepada cikgu itu dan yang lain jangan normalisasikan budaya ‘body shaming’ kepada kanak-kanak sebab mereka ada perasaan,” jelas ibu kanak-kanak itu.
Rata-rata pengguna media sosial yang menjengah ke ruangan komen menyatakan bahawa tindakan guru adalah tidak wajar mengeluarkan kata-kata seperti itu terhadap seorang kanak-kanak.
“Budak-budak pun ada perasaan, saya selalu kena dari sekolah rendah sampai ke universiti, sangat beri kesan sampai sekarang, tahap keyakinan tak boleh bina balik walaupun sudah positifkan diri,” kata Wany.
“Zaman dahulu memang ada cikgu yang macam tu acik dah kena dik. Kata cikgu, ‘budak paling berat dalam kelas ni sila datang ke depan,” ujar Wawa.
“Cikgu marah sebab pelajaran dan disiplin tak apa, bab ini boleh rendahkan keyakinan diri anak,” kata Lyn.
Video berkenaan kini memperoleh 1,554 perkongsian dan 40,000 tanda suka di aplikasi TikTok.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Emraz batal bayaran balik umrah tertangguh
- Baju Melayu ‘low’ kualiti, pemasaran bukan main gempak
- Diana Danielle lancar apa pulak tu
- Atu digelar anjing, enggan halalkan duit RM30 ribu
- Sharnaaz Ahmad dah ada kekasih tapi malu nak cerita
- Sami India Mahu Tawan Kota Mekah
- Putera Mateen Lengkap Berbaju Melayu Di Masjid Nabawi (Video)
- Sharnaaz Ahmad Minta Peminat Hormati Status Noor Nabila
- Lelaki mengamuk kena reject masa ngorat bini orang [VIDEO]
- Shuhada Isteri Hafidz Roshdi umum hamil
- Shila Amzah nafi bini muda ND Lala, Siti Munirah rakan baiknya
- Pelakon High Council, Mierul Aiman teruk dikecam gara-gara vape depan peminat
- Rindu sangat dengan abah – Syada Amzah
- Isteri tak sangka arwah Koperal pulang dalam kain kapan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET