Penjawat awam jual ketum di kuarters Putrajaya

Penjawat awam jual ketum di kuarters Putrajaya

Seorang penjawat awam ditahan kerana disyaki menjual dan mengedar air ketum di Putrajaya semalam.

Ketua Polis Putrajaya, A Asmadi Abdul Aziz, berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan 12 tengah malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah.



Katanya, suspek ditahan ketika berada di lobi sebuah kuarters penjawat awam di Presint 9 bersama dua botol cecair disyaki air ketum.

Susulan itu, beliau berkata, lima lagi botol plastik disyaki berisi air ketum dirampas, menjadikan semuanya 10.5 liter.

“Kami juga mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan narkotik dan harta benda,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Asmadi berkata, siasatan awal mendapati suspek mendapat bekalan seminggu sekali daripada pembekal di Kampung Labu Lanjut, Sepang dan menjual pada harga RM18 sebotol.



Katanya, suspek disyaki menjalankan aktiviti perniagaan air ketum di Putrajaya, dengan pelanggan tetapnya dalam kalangan kenalan.

Beliau berkata, suspek dibawa ke IPD Putrajaya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. FMT

Penjawat awam jual ketum di kuarters Putrajaya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru

Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek



Ini sebab Diana tolak tawaran Farid



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker