Raya terkejut 2022 sah, 30 lihat anak bulan di Labuan

Raya terkejut 2022 sah, 30 lihat anak bulan di Labuan

Umat Islam di negara ini tidak perlu bimbang kerana penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri 1443H pada tahun lalu adalah sah dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Malah Setiausaha Jawatankuasa Cerapan Hilal Syawal di Labuan pada 2022, Awangku Bolkhizan Ahmad Thani mengesahkan tiada isu kekhilafan timbul ketika proses tersebut.



Ketika itu, beliau ialah pegawai di Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) Cawangan Labuan yang merupakan individu mengakibatkan berlaku ‘raya terkejut’ tahun lepas.

“Pada masa itu ada seramai 30 orang selaku saksi dan kami semua meluahkan perasaan syukur kerana buat pertama kali dapat lihat anak bulan Syawal muncul tiba-tiba,” katanya.

Beliau yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia berkata demikian pada slot ‘Tanya Jakim’ disiarkan laman sosial agensi itu hari ini.

Ia susulan laporan media mengenai tular dakwaan oleh beberapa pakar falak tempatan yang mengatakan Hari Raya Puasa tahun lalu tidak sah kerana ada banyak isu.



Justeru, proses pencerapan hilal Syawal melibatkan 29 lokasi pada minggu depan bakal dilakukan dengan ketat dengan jangkaan awal bahawa anak bulan cukup sukar untuk dilihat.

Langkah itu juga ekoran keghairahan segelintir umat Islam di negara ini yang ‘berkempen’ konon Aidilfitri bakal disambut sehari awal dan sekali lagi mengulangi insiden tahun lalu.

“Kami mula nampak hilal pukul 6.38 petang, iaitu 10 minit selepas matahari terbenam dan tempoh itu berlaku selama tujuh minit dengan semua saksi turut puas hati,” jelas beliau.

Meskipun stesen cerapan di Labuan merupakan paling awal menghantar laporan terus kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, namun ia tidak ditularkan melalui media sosial. K Online



Raya terkejut 2022 sah, 30 lihat anak bulan di Labuan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru



Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek

Ini sebab Diana tolak tawaran Farid



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker