Lelaki mengaku salah bakar anjing

Braden Yap Hong Sheng, 19, yang juga orang kena saman (OKS) didakwa melakukan perbuatan itu di Skudai, 27 Mac lalu.

Lelaki mengaku salah bakar anjing

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan menyebabkan kesakitan secara kejam terhadap seekor anjing, bulan lalu.

Braden Yap Hong Sheng, 19, yang juga orang kena saman (OKS) mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim, menurut Harian Metro.



Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan kejamnya menyebabkan kesakitan yang tidak sepatutnya ke atas seekor anjing betina berwarna coklat di depan sebuah premis di Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, Skudai, 1.49 pagi, 27 Mac lalu.

Dakwaan dikemukakan terhadapnya mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum bawah Seksyen 29(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, kira-kira 12.30 tengah hari, 28 Mac lalu, doktor veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Johor menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas seekor anjing berdasarkan aduan awam berkaitan seorang lelaki memukul dan membakar seekor anjing.

Hasil pemeriksaan mendapati anjing berada dalam keadaan ketakutan serta terdapat kesan lebam dan terbakar di paha kiri, luka pada kaki hadapan dan pendarahan di bahagian mata sebelah kiri.



Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), OKS didapati memukul dan membakar anjing itu.

Pegawai Pendakwa JPV Negeri Johor, Mohd Zamri Shak @ Ishak mengendalikan pendakwaan.

Sementara itu, peguam P Rajakunaseelan memohon penangguhan bagi hukuman terhadap OKS memandangkan peguam GK Sritharan yang sepatutnya mewakili lelaki berkenaan tidak dapat hadir kerana berada di luar negara.

“Peguam yang dilantik OKS kini berada di Filipina dan penerbangan pulangnya ke Malaysia adalah pada minggu depan,” katanya.



Mahkamah kemudian menetapkan 18 April untuk fakta dan hukuman terhadap OKS. FMT

Lelaki mengaku salah bakar anjing

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saman Tetap Saman – Puteri Sarah

Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul



Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker