Isteri dirantai seperti anjing selama 4 tahun
Sebuah mahkamah di China menjatuhi hukuman penjara terhadap enam individu berhubung satu kes pemerdagangan manusia berprofil tinggi di mana seorang wanita ditemui dalam keadaan dirantai di sebuah perkampungan terpencil pada tahun lalu, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.
Mangsa bernama Xiaohuamei, manakala suaminya yang dikenali sebagai Dong, dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun kerana menyeksa, mendera dan menjadikan wanita itu sebagai tahanan. Lima tertuduh lain dihukum penjara antara lapan tahun hingga 13 tahun.
Penderitaan Xiaohuamei mendapat perhatian orang ramai pada Januari 2022 apabila seorang pesohor blog video menemui wanita tersebut di sebuah pondok buruk di luar rumah keluargnya di Xuzhou, wilayah Jiangsu.
Dia ditemui dalam keadaan rantai besi dililit pada lehernya.
Video tersebut menjadi tular dan mencetuskan kebimbangan kes pemerdagangan manusia.
Xiaohuamei yang dikatakan berusia dalam lingkungan 40-an, dilaporkan mempunyai lapan anak dan ditemui dalam keadaan keliru dan mentalnya tidak stabil.
Perbicaraan di mahkamah menyebut bahawa Xiaohuamei ketika remaja telah diculik daripada rumahnya di wilayah Yunnan pada tahun 1998 dan dijual kepada seorang petani di wilayah Donghai pada harga 5,000 yuan (RM3,205).
Setahun kemudian, dia sekali lagi dijual kepada lebih ramai pengedar di mana kali ini sepasang suami isteri, menguruskan penjualan wanita tersebut kepada bapa Dong.
Dong dikatakan memaksa Xiaohuamei melahirkan lapan anak dan ketika dia melahirkan anak ketiga, keadaan skizofrenia yang dialaminya semakin buruk. Ia menyebabkan lelaki itu semakin agresif menderanya.
Pada 2017, dia menempatkan wanita itu di dalam sebuah pondok di luar rumah keluarganya, di mana Xiaohuamei diikat dengan tali kain dan rantai. Pondok itu juga tiada bekalan elektrik atau lampu selain wanita itu sering dibiarkan kelaparan. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Shila Amzah dedah jadi magsa dera
- Maya Karin jawab soal kahwin
- Ahirine dedah pelakon lelaki ajaknya jadi kekasih gelap
- Peserta ratu cantik tunggang motosikal takut terlewat
- Adakah Muhyiddin bodoh atau pura-pura bodoh
- Sanusi mengadu ada gerakan singkirkannya dari Majlis Kewangan Negara
- Penumpang pesawat dihalau keluar menangis teresak-esak
- Zahid batalkan semua projek Jana Wibawa berjumlah RM7.2 bilion
- Gaji diawalkan 14 April sempena Aidilfitri – Cueapacs
- Artis rambut merah berlagak Diva dibenci ramai
- Intan Najuwa sorok tunang
- Remy puji Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen
You must be logged in to post a comment.